Heh! Kita ingatkan dah jadi Menteri Besar Selangor yang baru ni, tak de la Si Azmin tu cepat sangat melatah bila ada yang serang dia secara terbuka. Rupanya, bergoyang juga dia dibuatnya.
Ingatkan 'Cool' sangat la Si Menteri Besar Selangor yang baru ni. Tapi bila orang cuit sikit, kuat jugak dia melatah sampai tahap meroyan pulak tak tentu arah. Macam - macam maki hamun dia keluarkan.
Jika sebelum ini, ada sesetengah pihak mendakwa Si Azmin tu masih lagi dibayangi oleh Si Ketua Penipu tu biar pun dia sekarang sudah bergelar sebagai Menteri Besar Selangor yang baru tu.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas oleh semua pihak biar pun ada keputusan yang dibuat sejak kebelakangan ini tidak memihak kepada keputusan parti secara terang - terangan.
Namun komen yang diberikan itu disambut dengan reaksi negatif oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu disamping menyifatkan orang yang keluarkan kenyataan tersebut sebagai 'Profesor Kangkung'.
Shah Alam – Ketua Kluster Politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak berkata gelaran ‘Profesor Kangkung’ yang ditujukan Azmin Ali kepadanya adalah satu penghinaan.
Ujarnya Azmin sebagai Menteri Besar Selangor tidak perlu angkuh dan perlu lebih profesional dalam menjawab soalan-soalan pemberita.
“Dia (Azmin) sepatutnya lebih menghormati orang lain dan mesti profesional dalam menjawab (persoalan yang timbul/pertanyaan) sebab sebagai Menteri Besar dia (Azmin) perlu menjawab secara profesional.
“Pada saya kenyataan dia itu kenyataan yang angkuh, dia tidak boleh terima kritikan baru 100 hari tak sampai jadi MB dah tunjuk keangkuhan,” tegasnya.
Memang jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu tidak wajar dibuat memandangkan dia kini sudah bergelar seorang Menteri Besar. Jadi, dia tak perlu emosi sangat.
Tinggal lagi, kenapa pulak Si Azmin tu nak marah bila ada yang kata dia masih lagi dibayangi oleh Si Ketua Penipu tu? Adakah ianya satu perkara yang tak bagus jika disamakan dia dengan idolanya itu?
Bukan ke selama hari ini, ramai dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri melihat yang dia mampu untuk menggantikan tempat Si Ketua Penipu tu dimasa akan datang?
Jadi, kenapa pulak Si Azmin tu nak marah bila ada orang yang mendakwa bahawa dia masih lagi dibayangi Si Ketua Penipu tu? Sepatutnya, dia tak marah. Sebaliknya, dia perlu berbangga dengannya.
Lagi pun, kalau kita lihat dari satu sudut, memang dia dengan Si Ketua Penipu tu tak de banyak beza sangat. Apa yang pasti, kedua - duanya memang jenis manusia MUNAFIK. Setakat bercakap je pandai, tapi buat kerja macam Haramjadah!!!
Azmin belum bersedia untuk jadi Presiden PKR.
BalasPadam