Hah! Korang yang kat luar sana tu jangan sampai tahap ketagih pulak dengan Si Bakal Mak Janda "Hot" ni ye. Dia belum jadi janda lagi tau. Belum dapat keputusan mahkamah lagi.
Tapi kalau korang nak ketagih janji dari dia, itu korang punya pasal la. Kalau korang nak tuntut apa yang dia nyatakan sebelum ini, korang boleh tanya dia kat dalam laman twitter.
Tinggal lagi, apa yang pasti, Si Bakal Mak Janda "Hot" ni memang berhutang penjelasan dengan rakyat Malaysia mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS.
Walaupun dia tak de kena mengena pun dalam hal tersebut, tapi sebelum ini Si Bakal Mak Janda "Hot" tu sendiri yang keluarkan kenyataan untuk menjelaskannya kepada rakyat.
Kata dia, Parti Khianati Rakyat tu akan buat keputusan dan mengumumkan pendirian berkaitan dengan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu semalam selepas Biro Politik PKR duduk bermesyuarat.
"Kita akan beri kenyataan rasmi selepas pertemuan esok," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita selepas menemui penduduk di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, di sini (Sabtu).
Dengar kata, mesyuarat tu telah diadakan di Kediaman Rasmi Si Menteri Besar Selangor yang baru tu. Tapi dari sumber media, katanya mesyuarat tu dibuat di Ibupejabat PKR.
Entah mana yang betul pun tak tau la. Yang pasti, kenyataan mengenai pendirian PKR terhadap isu tersebut masih lagi tidak diumumkan seperti mana yang telah dijanjikan.
Sebaliknya, kepimpinan PKR hanya mendiamkan diri dan menutup mulut dari memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut apabila ianya dipersoalkan. Kenapa diorang berdiam diri?
Desas desus mengatakan yang PKR pada ketika ini mahu mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak mahu terjebak dalam konflik terbuka dengan puak - puak PAS secara lansung.
Mungkin dari satu sudut, puak - puak Parti Khianati Rakyat tu sedar akan kelemahan diri mereka sendiri tanpa sebarang bantuan dan sokongan dari kalangan puak - puak PAS.
Jika kita tengok sejak kebelakangan ni pun, PKR dilihat semakin kurang pengaruh dan jumlah kehadiran sewaktu mereka mengadakan sesi ceramah pun dah semakin berkurangan.
Itu membuktikan yang ahli - ahli dikalangan PAS serta ada juga segelintir penyokong - penyokong PKR sendiri yang dah muak dengan Politiking Melampau yang dilakukan oleh mereka. Jadi, itu pasal la diorang takut nak buat pendirian sendiri pasal Hudud!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.