Gambar Hiasan |
Dah tak de kerja sangat gamaknya orang di Malaysia ni. Suka sangat diorang ni sebarkan cerita yang bukan - bukan melalui aplikasi media sosial untuk tarik perhatian orang ramai.
Kalau ye pun nak terikut - ikut dengan perangai macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu, jangan la sampai menyusahkan orang lain. Nanti yang susah diri sendiri jugak. Penyudahnya nanti, buat apa pun orang dah tak percaya!!!
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin bahawa Malaysia menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas nanti.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, khabar angin itu yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp adalah palsu.
"Sebaran maklumat melalui Whatsapp itu meminta agar orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat awam buat sementara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan.
Asmawati berkata maklumat itu turut mendakwa kerajaan telah mengeluarkan amaran berhubung perkara itu dan meminta agar orang ramai berwaspada.
PDRM menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya serta tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu tersebut kerana tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kualiti hidup masyarakat seharian.
PS: Buat apa pun pun atas dunia ni, jangan sampai ketagih. Klik sini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.