Sabtu, Disember 06, 2014



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden atas nasihat kepada kerajaan Malaysia agar bertindak dengan betul dalam kes Liwat II.

Katanya, Biden sepatutnya melihat kepada kes dalam negara sendiri kerana terdapat kes warga AS yang ditahan lebih 10 tahun tanpa perbicaraan.
"Mereka juga diseksa, itulah caranya di Amerika,” katanya kepada pemberita selepas satu acara Proton hari ini.

"Mereka menjatuhkan hukuman mati kepada golongan yang tidak tahu bahawa mereka dikenakan hukuman mati.

“Tiba-tiba, muncul dron yang menembak orang itu. Inilah negara yang mahu mengajar dunia mengenai keluhuran perlembagaan,” katanya.
Mahathir berkata AS tidak mahu kerajaan Malaysia mensabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II kerana kuasa besar dunia itu mahu Si Ketua Penipu tu menjadi Perdana Menteri. 
"”Itu terpulang pada mereka, tetapi kita tidak mahu (Anwar jadi perdana menteri),” tegas Mahathir.
Biden semalam dalam kenyataannya menyebut bahawa Malaysia berpeluang untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan dalam demokrasi dan kehakiman melalui kes rayuan Liwat II.

PS: Nampak gayanya, peluang Si KeTUM Kengkang tu nak menggunakan 'Kuasa Luar' untuk kepentingan diri dia sendiri tak menjadi. Baca disini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping