Selasa, Januari 20, 2015

Berikutan penyebaran gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan semakin uzur, anak beliau, Nik Abduh tampil membuat penjelasan berhubung tahap kesihatan ayahnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit," tulis Nik Abduh dalam laman sosial Facebook, sebentar tadi.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga berkata, ayahnya lebih selesa untuk berehat secukupnya dan tidak mahu diziarahi buat masa ini. 

"Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya.

"Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam," tulisnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, gambar Nik Aziz yang didakwa terbaring kerana uzur yang kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.
    
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan perkara berkenaan ketika ditanya mengenai status kesihatan pemimpin berkenaan.
    
"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.
Categories:

7 ulasan:

  1. Menggigil aku tenguk bantal peluk, aku ingat ni nii....

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Tapi yg kata blog bodoh tu lg bodoh pasal mengaku baca blog yg dia kata bodoh.
      kih kih kih. . .

      Padam
  3. Doa pecah perut doa k.o. makbul !

    BalasPadam
  4. Tun Daim memiliki kekayaan MELAMPAU dan SOALnya dari mana datangnya sumber kekayaan beliau? Akhir tahun 1969 selepas Peristiwa 13 Mei , Daim bersara drp dunia guaman buat selama-lamanya,bekerjasama dgn Low Kiok Boo &n Thamby Chik buka bisnes garam, tapi kurang ilmu DAIM GAGAL.Daim buka pula bisnes buat plastik &n alami kerugian kerosakan jentera akibat mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak puas hati. Kilang terpaksa ditutup dan pinjaman permulaan yang tidak berbayar daripada Bank Bumiputera dengan ugutan untuk mengisytiharkan Daim muflis.DAIM GAGAL LAGI.

    Pada tahun 1971, Daim buka Syarikat Maluri Sdn Bhd. Menjelang awal 1970, Daim baru tahu cara yang mudah dan cepat untuk menjadi tokoh peniagaan Malaysia ialah mendapatkan kontrak perniagaan yang sudah pasti dalam genggaman melalui jaringan politik. Daim telah membeli tanah lombong di sekitar Maluri drp kerajaan dengan harga yang sangat murah dan membangunkan kawasan tersebut dan sebahagian di jual kpd Kerajaan. DAIM MULA BERJAYA.

    PD tahun 1979 bila dia membeli Malaysian French Bank. 1984, ambil alih United Malayan Banking Corporation Bhd dan sempena perlantikkan sebagai Menteri Kewangan pada tahun yang sama Daim menjual kembali saham perbankan tersebut. Sebelum bersara, Daim Zainuddin membeli saham dalam Hock Hua Bank (Sabah) Bhd pd 1997 dan sekali lagi menjual kepentingan di dalam bank selepas sekali lagi dilantik menjadi Menteri Kewangan.

    Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Mohd Nasir Ali umum beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank ditukar nama jadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.

    Setelah ditamatkan riwayat sebagai Menteri Kewangan, dikhabarkan, Daim telah membawa sejumlah Wang yang disimpan diluar negara PULUHAN BILLION US DOLLAR dan melabur di dalam sektor perbankan. Daim dikatakan memiliki International Bank of Commerce (ICB) 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Africa dan 9 cawangan di Eastern Europe. Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

    Mungkin DS Anwar berkata benar BUAT PERTAMA KALINYA (Sebelum beliau dihumban ke Penjara). Dari mana Daim mendapat PULUHAN BILLION US DOLLAR? Tun Daim "the small man" juga dikenali sebagai Pembuli Pasaran Kewangan bilamana Bank Negara mengasak hampir kesemua matawang di pasaran kewangan antarabangsa di antaranya Pound Sterling, US Dollar dsbnya. Lim Kit Siang telah membawa permainan buli matawang oleh Bank Negara sewaktu Daim menjadi Menteri Kewangan di Parlimen - tetapi dijawab dan diSELINDUNGKAN oleh DS Anwar sebagai TIADA APA PERUBAHAN ASET BANK NEGARA. Mungkinkah sewaktu itu DS Anwar tidak tahu atau sama-sama mencuba menaruh harapan akan wang gelap pasaran kewangan dikongsi bersama? Apakah DS Anwar dituduh meliwat kerana Daim tidak mahu berkongsi wang gelap hasi drp buli pasaran matawang?

    Jika sekiranya Daim memiliki Bank dan kepentingan besar dalam Industri perbankkan ICB, Tun Mahathir juga memiliki Bank di Guam. Tapi tak banyak yang mengetahui Kekayaan Tun Mahathir berganda-ganda drp Daim yang sebhg dilaburkan kembali di Malaysia. Macammana anank-anak Tun Mahathir semuanya kaya raya? sebut saja Mokhzani...Tokey Minyak, Mukhriz..laa pon Tokey Judi, Kapal, Arak dan Minyak, Mukhriz Tokey Fibre optik? Cuma Marina Mahathir miskin papa kedana kerana selalu lawan Tun Mahathir, jadi dia tak dapat apa2..nak kahwin jadi bini no. 2 Nazri Aziz pon Tun M larang...kesiannya Marina...sampai matilah melawan Bapak?

    Apakah Kekayaan Melampau Tun Daim dan Tun Mahathir ini sebenarnya Wang Rakyat yang dirompak keluar oleh kedua2 Tokoh Negarawan yang merupakan Lanun dan Perompak yg Merompak melaui batasan? Adalah diharap DS Anwar mampu mencerahkan suasanan dengan penyerahan bukti-bukti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun Daim tu dah kaya sebelum jadi menteri. Tun m panggil dia masuk dlm kabinet untuk bantu melonjakkan ekonomi negara. Ekonomi negara hancur bila orang yg cuma belajarr pengajian melayu jadi menteri keewangan. Apa yg dia tau buat harta kekayaan untuk keluarga dgn kroni dia. Sampai lupa diri lupa ugama lupa bangsa.
      Ponggong jantan pun halal bini kawan pun halal.
      Tengok apa jadi dia di dunia ini. Jadi hina sehina2nya.
      Tunggu lah pula balasan di sana nanti.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping