Gelagat dia sebijik macam pengacara rancangan realiti yang suatu ketika dahulu popular dikaca televisyen, The Wheel Of Fortune. Tak nampak lansung macam seorang pemimpin.
Tapi percaya la. Gelagat Si Rafizi ni sudah tentu akan memualkan pelbagai pihak yang kini dah nampak keBODOHan yang cuba dipamerkan secara terang - terangan didepan khalayak ramai.
Sama jugak seperti rancangan The Wheel Of Fortune tu. Kegemilangannya hanya sekadar sementara. Lepas tu, rancangan tu mula menjadi lapuk dan tak de lansung pihak yang nak menyiarkannya.
Ini bukan kali pertama Si Rafizi tu KANTOI menabur cerita kosong dan cuba nak memutar-belitkan kenyataan yang diberikan sebelum ini. Tapi hakikatnya dah banyak kali dia ulang.
Jika sebelum ini, dia sibuk buat tuntutan supaya harga minyak RON95 dan diesel diturunkan. Bila dah turun, dia tuduh pulak peniaga stesen minyak akan mengalami kerugian.
Sewaktu merencanakan agenda Langkah Kajang pun begitu jugak. Macam - macam dakwaan dilemparkan terhadap Si Khalid Ibrahim tu bagi menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan.
Diantaranya, dia dakwa Si Khalid Ibrahim tu telah menyeleweng sewaktu menjadi MB Selangor yang telah bersetuju dengan pihak Kerajaan Pusat berhubung isu perjanjian bekalan air.
Kemudian dia jugak mendakwa Si Khalid Ibrahim tu tidak mempedulikan suara rakyat berkaitan dengan isu pembinaan lebuhraya KIDEX. Tapi selepas agenda tersebut terlaksana, kenapa dia diam?
Kenapa dia hanya menutup mulut dari menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat apabila melihat MB Selangor yang baru tu tetap juga meneruskan projek - projek tersebut?
Sekarang, Si Rafizi tu tampil pulak dengan dakwaan KONONnya rakyat tak boleh nak salahkan peniaga kerana menaikkan harga barang sewenang - wenangnya tanpa sebab musabab.
Walhal, itulah hakikat yang berlaku pada ketika ini. Kenaikkan harga barang bukan hanya ditentukan oleh harga minyak. Malah ianya turut melibatkan sikap peniaga - peniaga itu sendiri.
Bila harga minyak naik, harga barang pun turut naik mendadak. Tapi bila harga minyak turun, kenapa harga barang tu terus meningkat? Jelas, isu ini tidak dapat dijawab oleh Si Rafizi tu.
Apa yang mampu dia lakukan hanya berlagak seperti seorang pengacara rancangan hiburan yang menyediakan habuan demi untuk memenuhi kepentingan dirinya sendiri. Jadi, lebih baik dia berenti je jadi Ahli Parlimen dan jangan menyusahkan orang lain!!!
PS: Lepas ni, isu apa pulak dia nak 'Spin'? Dia nak kata yang Si Nurul Izzah tu bercerai sebab salah UMNO tak pandai mendidik rakyat menguruskan rumah tangga? Jangan sampai dia terbelit diri sendiri lepas ni sudah la!!!
Nurul izah bukan macam kau semut ikut cakap l aki
BalasPadamkau kenal ke mana semut betina mana semut jantan?mana yg laki mana yg bini???apa punya bodoh le kau anon 8:20...
BalasPadam