Ahad, Februari 15, 2015

Itu persoalan yang terpacul dari mulut seorang sahabat bila membicarakan demonstrasi yang diadakan oleh Si Nurul Izzah tu depan Sogo lewat petang semalam. Apa faedah yang dia dapat?

Untuk apa dia buat demonstrasi tersebut jika bukan untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia semata - mata? Buat apa dia nak heret rakyat dalam masalah peribadi keluarganya sendiri?

Dengan menjaja cerita karut mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah terhadap Papa dia kerana meliwat bekas pembantu peribadinya sebelum ini tidak menyelesaikan masalah.

Dakwaan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu pada hakikatnya tidak memberikan sebarang signifikan serta tidak mampu menjustifikasikan perbuatan yang telah dilakukan oleh Papanya sendiri.

Tuduhan berlakunya 'Political Injustice' yang dilaung - laungkan juga tidak berdasarkan kepada alasan yang kukuh. Sebaliknya hanya memperjuangkan Keadilan individu Papanya sahaja.

Mereka mendakwa KONONnya sistem kehakiman Negara Zalim terhadap rakyat sedangkan rakyat tidak ada kaitan lansung dalam kes liwat Papanya terhadap Si Mohd Saiful tu sebelum ini.

Jadi, kezaliman apa yang dimaksudkan oleh Si Nurul Izzah tu? Siapakah yang sebenarnya teraniaya dalam kes tersebut? Adakah rakyat juga turut teraniaya diatas perlakuan songsang Si Ketua Penipu tu?

Seandainya Si Nurul Izzah tu mahu mengaitkan keluarganya yang dianggap teraniaya, itu masalah peribadi keluarganya sendiri. Bahkan, dia sekeluarga masih lagi hidup dalam kemewahan.

Sekiranya benar Si Nurul Izzah tu anggap keluarganya dianiayai oleh pihak yang berkenaan, maka sudah pasti kehidupan dia sekeluarga pada ketika ini melarat dan tidak semewah seperti hari ini.

Padahal, Si Nurul Izzah tu dan kaum keluarganya masih lagi dilihat menikmati kemewahan hidup walaupun Si Ketua Penipu tu telah dipecat dan dihumban ke dalam penjara sebelum ini.

Dan andaikata benar Si Nurul Izzah tu dakwa diri dia serta keluarga dianiaya, sudah pasti dia sendiri pun tidak akan dapat menjejakkan kakinya ke Parlimen dan menjadi wakil rakyat.

Adakah itu yang dimaksudkan 'Political Injustice' seperti mana yang dia laungkan didepan Sogo petang semalam? Kalau setakat melalak menuduh orang tak tentu arah, itu bukannya REFORMASI. Tapi itu tindakan orang yang dah Hilang Akal namanya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping