Aduhai! Orang dah cakap dah tadi. Kita dah lama dah bagitau. Diorang ni memang pantang kalau kita sebut pasal 'Perpaduan Ummah'. Memang ketar kepala otak diorang dibuatnya.
Belum buat pun lagi, dah mula diorang meroyan tak tentu arah. Baru bercerita, dah mula diorang hilang akal. Belum buat lagi, dah macam - macam dakwaan yang diorang lemparkan.
Memang 'Alergik' sungguh diorang ni kalau mendengar perkataan 'Perpaduan Ummah' tu disebut dan diulang - ulang. Mau sampai ada yang berguling - guling atas jalan raya dibuatnya.
Kiranya isu yang berkaitan dengan 'Perpaduan Ummah' ni diumpamakan sebagai Najis yang terlalu Jijik untuk mereka sebut. Ianya ibarat penyakit yang takde ubat yang mampu menyembuhkannya.
Maka sebab itu perkara tersebut jarang menjadi ungkapan dibibir - bibir mereka biarpun isu berkaitan dengan 'Perpaduan Ummah' ini merupakan satu tuntutan WAJIB didalam Islam.
Lagi pun, diorang bukannya peduli sangat dengan tuntutan Islam terutama sekali tuntutan wajib seperti 'Perpaduan Ummah' ni walaupun pada hakikatnya, rakyat cukup mendambakannya.
Tambahan pulak, puak - puak ni hanya mementingkan soal untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bab nak memenuhi tuntutan syariat Islam ni jatuh nombor SERIBU!!!
Jadi, sebab itulah ada dikalangan pemimpin mereka seperti Si Husam ni yang akan hilang akal bila mendengar perkataan 'Perpaduan Ummah' itu disebut sampai tahap meroyan dibuatnya.
Kata Si Husam, isu berkaitan dengan 'Perpaduan Ummah' ini hanya akan menjadi 'Alat Politik' jangka pendek oleh 'Individu' tertentu untuk memenuhi kepentingan mereka semata - mata.
Persoalannya, siapa 'Individu' yang dimaksudkan oleh Si Husam Musa tu? Adakah dia nak kaitkan 'Individu' tersebut dengan MB Kelantan yang menghargai bantuan dari Barisan Nasional sebelum ini?
Tidakkah Si Husam tu sedar bahawa selama hari ini PAS juga turut mempergunakan Islam sebagai 'Alat Politik Murahan' yang dijaja demi untuk meraih sokongan Politik semata - mata?
Kesimpulannya, tak perlu la Si Husam ni nak mendabik dada untuk menonjolkan diri dia lebih bagus atau lebih baik dari orang lain jika diri dia sendiri pun berjalan senget! Bercakap pasal tuntutan Islam, tapi mengalahkan Kafir Harbi pulak dah bunyinya!!!
mereka takut sebenarnya....takut tiada tempat dalam kerajaan perpaduan. mereka berjuang bukan untuk rakyat pun....cuma untuk tembolok masing2....
BalasPadam