Itu diantara persoalan yang menujah diminda apabila membaca semula kenyataan yang dibuat oleh blogger Pro Pakatan Haramjadah tu mengenai insiden di depan Ibupejabat PAS semalam.
Ada diantara mereka tampil membuat dakwaan yang bukan - bukan terhadap kumpulan penyokong Si Hadi Awang tu yang secara terbuka mendedahkan agenda sulit sesetengah pemimpin dikalangan PAS.
Bagi mereka, tindakan berdemonstrasi seperti itu adalah amalan 'Politik Gengster'. Ada juga yang mendakwa kononnya amalan seperti itu adalah hasil dari budaya yang telah dibawa oleh UMNO.
Tambah memalukan ialah apabila mereka mendakwa dan menuduh tindakan tersebut dilakukan oleh kumpulan menyokong UG iaitu cadangan untuk menggabungkan UMNO dengan PAS.
(Artikel Berkaitan: PAS HQ KECOH, HATTA RAMLI DIDESAK LETAK JAWATAN!!!)
Dah tak pasal - pasal je diorang heret UMNO dalam kancah Politik mereka sendiri. Dah tak de pihak lain ke yang diorang nak tuduh selain dari UMNO? Dangkal sangat ke kepala lutut diorang ni?
Itu yang buat kita rasa pelik. Kenapa pulak diorang nak heret UMNO sedangkan yang menggelar dan digelar MUNAFIK HARAKI itu adalah dari kalangan ahli parti mereka sendiri?
Sehingga hari ini, tak de pulak pihak dari kalangan UMNO yang tampil membuat tindakan menuduh pemimpin dari kalangan parti mereka sendiri cuba nak menjatuhkan Presiden parti.
Tak de pulak yang didakwa sebagai dalang dan digelarkan sebagai MUNAFIK HARAKI melalui demonstrasi dihadapan bangunan UMNO serta menyerahkan memorandum bantahan.
Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya membuktikan bahawa diorang ni pun dah hilang akal bila berlakunya perkara sedemikian.
Diorang pun tak menjangka perkara tersebut akan berlaku. Jadi, jalan paling mudah ialah dengan menuduh orang lain sebagai jalan keluar paling pantas. Itulah bukti kejumudan pemikiran diorang ni.
Bagi diorang, tindakan yang dilakukan oleh penyokong - penyokong Si Hadi Awang tu adalah satu dosa besar. Mereka anggap tindakan itu terkeluar dari amalan kebiasaan mereka.
Tapi hakikatnya diorang lupa bahawa selama hari ini diorang juga yang menyuburkan budaya tersebut, melakukan demonstrasi bantahan secara membabi buta terhadap satu - satu isu.
Jadi, bila kena batang hidung diorang sendiri, baru la diorang menggelupor tak tentu arah!!! Hakikatnya, diorang ni bukannya mahu memperjuangkan Kebenaran. Sebaliknya diorang hanya sekadar menonjolkan sifat MUNAFIK dalam diri mereka sendiri!!
Beberapa blogger haramjadah dari PR dah membuat spin dgn menuduh (tak masuk akal) yang buat demo tu adalah puak UG... spin yang mereka belajar dari macai DAP.... berguru dgn kafir harbi, begitulah hasilnya...
BalasPadam