Jumaat, Februari 27, 2015

Media sekali lagi 'ditemberang' apabila sidang media Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama ibu bekas korporal Sirul Azhar Umar yang sepatutnya diadakan pagi ini, sebenarnya tiada.

Perkara itu dimaklumkan seorang staf Pejabat Agung parti itu, Saripuddin Mohd Yatim kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Katanya beliau telah menerima panggilan dari Mahfuz yang dikatakannya berada di Alor Setar dan memaklumkan bahawa beliau (Mahfuz) tidak ada membuat apa-apa jemputan sidang media.
"Dia memang tidak tahu pasal sidang media ini... katanya jika ada sidang media, dia akan membuat jemputan," katanya di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menunggu sejak jam 10.40 pagi.
Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang mengatakan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama ibu Sirul di Pejabat Agungnya pada jam 11 pagi.

Sebelum ini, satu telesidang bersama Mahfuz dengan Sirul juga terpaksa dibatalkan selepas percubaan untuk menghubungi bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis itu gagal.

Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul 'tidak berjaya', telesidang yang sepatutnya berlangsung di tempat yang sama itu ditamatkan.

Mahfuz menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi. Sidang media itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul.

Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.

Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.

Kegagalan Mahfuz menghubungi Sirul turut dijadikan 'bahan lawak' apabila ada pihak yang membuat video parodi tentang panggilan tersebut.

Dalam video parodi berdurasi 48 saat itu, beliau digambarkan cuba menghubungi Sirul melalui babak lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul.

Meskipun turut terhibur dengan video parodi itu, namun Mahfuz menyifatkan dakwaan tidak percaya sesetengah pihak mengenai telesidangannya itu adalah halangan untuk rakyat mengetahui kebenaran kes berkenaan.

PS: Huh! Memang macam sial je perangai. Dia yang kantoi membodohkan diri dia sendiri, sekarang dia nak salahkan orang lain pulak? Tak pasal - pasal je wartawan pulak yang basah kepala kena kencing!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. JOM KETUA PEMUDA UMNO KITA DEBAT DENGAN MAHFUZ

    BalasPadam
  2. Org pokok sena....apa crita??? Masih junjung lg ke si bean otak senget ni

    BalasPadam
  3. Blh ke banduan dlm jel guna tlepon..kalau blh guna ini sdh di kira si sirul banduan istimewa...nk bodoh org pun agak2 laaa..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping