Husam Musa disifatkan sebagai bongkak dan ego apabila memperkecilkan keputusan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak bertanding di pilihan raya kecil DUN Chempaka pada 22Mac ini.
Exco Pergerakan Puteri UMNO, Norwahida Patuan berkata, kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menyambut baik penumuman Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.
Katanya, tidak timbul persoalan kekuatan sudah menurun kerana sebelum ini pun BN dan UMNO pernah bertanding di beberapa PRK termasuk di kubu kuat pembangkang, malah berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan termasuk menang di Parlimen Teluk Intan.
“Tak timbul soal kekuatan BN telah menurun kerana BN melihat kepada kepentingan umum sebagaimana situasi di Kelantan yang musnah teruk ekoran tragedi banjir,” tegas beliau.
Norwahida berkata, Husam sepatutnya tahu dan pandai menghargai langkah yang diambil oleh BN dan bukannya menyambut dengan membuat kenyataan bertujuan untuk kepentingan peribadi.
Beliau menjelaskan, keputusan BN tidak bertanding ada kewajarannya “kerana ramai rakyat Kelantan yang masih dilanda kesusahan selepas musibah banjir, bukan sahaja aktiviti harian mereka terjejas malah ramai lagi yang masih tidak berumah selepas hanyut dan musnah akhir tahun lalu.”
Kenyataan Si Husam itu juga disifatkan sebagai berniat tidak baik daripada seorang pemimpin yang gagal membantu rakyat negerinya sendiri yang berada dalam kesusahan selepas banjir.
Kesimpulannya, tindakan Si Husam yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini jelas membuktikan bahawa pemimpin kanan PAS itu tidak menghargai usaha ke arah 'Perpaduan Ummah' yang direncanakan.
Biarpun isu bab 'Perpaduan Ummah' itu merupakan salah satu tuntutan WAJIB buat seluruh Umat Islam, namun Si Husam tu jelas tidak mempedulikannya secara terang - terangan.
Sebaliknya Si Husam tu mempamerkan penentangan terbuka terhadap isu 'Perpaduan Ummah' itu secara terbuka bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya. Lagi pun, Si Husam tu memang 'Alergik' mendengar perkataan 'Perpaduan Ummah' tu sendiri!!!
Kadang-kadang rakyat Kelantan lebih berfikiran maju berbanding kalangan ahli poltik.
BalasPadamPada ambo .. HUSE MUSE NI BANYAK SANGAT RETORIK .. CUBA INGAT & KAJI .. GAPO DIA HOK HUSE MUSE BUAT YANG BERJAYA UNTUK MENBANTU RAKYAT KELATE .. SEMUA NYA GAGAL.. TERINGAT .. MASA NAK LAKSANA LADANG RAKYAT .. LADANG TAK DIBUKA LAGI .. TAPI .. DIVIDEN .. TELAH DIBERI KEPADA AHLI@ PENOROKA LADANG RAKYAT .. CUKUP CUKUP LA HUSE .. INGAT JANJI ALLAH TETAP BENAR .. BOA BOA LA JADI MUSAE..
BalasPadamHusam musa tu pasma apa nak hairan dia cakap sebab kawan dgn dap.
BalasPadamko orang tengok lah nanti...pasma dan geng anwarinas berok tu akan cuba pastikan calun depa kat situ sebeb dapa menang free. Aku harap PAS akan tempatkan golongan ulama' kat situ sebab arwah dulupun dari kem Ulama.....
BalasPadam