Ahad, Mac 01, 2015

Secara relatifnya, usaha nak menjahanamkan PAS dari dalam bukanlah satu isu baru yang dibangkitkan oleh pemimpin - pemimpin parti itu sendiri. Bahkan ianya sudah wujud sejak sekian lama.

Namun perkara - perkara itu seringkali dinafikan oleh pemimpin - pemimpin yang terlibat didalam parti itu sendiri agar gerakan sedemikian tidak menjadi satu isu dan menarik perhatian umum.

Malangnya, perkara itu seringkali dianggap remeh dan perlekeh - lekehkan oleh sesetengah pihak secara dalaman yang mahu menutup pekung mereka sendiri dari diketahui oleh orang luar.

Walau bagaimana pun, usaha mereka itu tidak mampu untuk dilindungi dari pengetahuan ahli diperingkat bawahan. Ianya tetap akan menjadi satu persoalan yang akhirnya nanti akan meninggalkan kesan.

Mungkin kerana menyedari hakikat itu yang membuatkan anak kepada Allahyarham Nik Aziz pernah mendedahkannya kepada umum dalam satu artikel yang ditulis secara terang - terangan.

Katanya, dikalangan pemimpin - pemimpin PAS itu sendiri ada yang didapati tidak taat kepada dasar perjuangan parti sehingga sanggup ber-Tuan-kan kepada orang lain selain dari parti tersebut.

Dan kini, ianya semakin ketara apabila ada dikalangan mereka yang menonjolkan ketaatan sehingga tahap menjadi 'Barua' lebih 'Wala' kepada parti - parti lain dalam Pakatan Haramjadah tu.
"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah. Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.


"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya dipetik Sinar Harian.
Maka persoalannya sekarang, siapa yang perlu dipersalahkan kerana membenarkan perkara sedemikian berlaku didalam PAS? Siapa yang membenarkan perkara itu terus berleluasa sehingga ke hari ini?

Salahnya bukan orang lain. Salahnya pada diri mereka sendiri. Kenapa mereka tidak mengambil tindakan yang tegas bagi mengekang perkara sedemikian berlaku dan terus berlarutan?

Apa gunanya orang memberikan pandangan agar wujud penambah-baikkan didalam parti tetapi akhirnya merosakkan parti itu sendiri? Apa faedahnya orang diperingkat bawahan tetapi tidak diendahkan?

Sekarang, bila penyakit sudah menjadi barah, pemimpin sudah bertukar menjadi Barua, pun masih lagi mereka enggan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Jadi, buat apa diorang nak meroyan tak tentu arah? Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping