Selasa, Mac 03, 2015

Huh, memang lain macam betul Si Pak Mus ni mengampu. Punya la dia nak 'Playsafe' sampai tahap sanggup dia menghina dan memalukan pemimpin - pemimpin lain dalam PAS? Hebat!!!

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Si Pak Mus semalam, dia menegaskan bahawa kepimpinan Si Hadi Awang sebagai Presiden PAS tidak dapat dicabar oleh sesiapa pada ketika ini.

Jelasnya, tiada sesiapa pun didalam barisan kepimpinan PAS mempunyai kemampuan untuk menandingi Si Hadi Awang dan dicabar bagi merebut jawatan Nombor Satu dalam parti itu.
"Saya tidak dapat melihat sesiapa di dalam ranking dan fail yang berkebolehan untuk menandingi kualiti kepimpinan Abdul Hadi dan saya menjangkakan bahawa beliau akan terus menerajui parti ini dalam tempoh lima tahun lagi," katanya.
Dalam erti kata lainnya, pemimpin - pemimpin macam Si Mat Syabun, Mahfuz Bean, Khalid Samad, Salahudin Ayob dan Si Husam Musa tu semuanya tak layak nak mencabar Hadi Awang.

Biarpun selama hari ini mereka sering kali digembar - gemburkan sebagai 'Perwaris' kepada kepimpinan PAS dimasa akan datang, tapi hakikatnya mereka masih belum layak lagi nak cabar Presiden.

Tapi, jika kita lihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Pak Mus ni sebenarnya hanya untuk menyelamatkan kedudukan yang dia sandang pada ketika ini sahaja. Ianya tak lebih dari itu.

Nak pulak bila semua orang pun tahu, perlantikan bagi jawatan Setiausaha Agung itu dibuat oleh Presiden dan secara tak lansung ianya bergantung kepada budi bicara Presiden itu sendiri.

Jadi, tak heran la kalau Si Pak Mus tu sanggup keluarkan kenyataan sedemikian demi untuk menyelamatkan kedudukan dan tempat dia didalam PAS. Kiranya, Si Pak Mus tu hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik dia je. Bukannya dia ada alasan lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping