Isnin, Mac 30, 2015

Mungkin dek kerana terlalu rakus dan kemaruk sangat nak berpolitik membuatkan Si Azmin Ali ni lupa pada tanggungjawab dia sebagai seorang Menteri Besar kepada rakyat Selangor.

Jika sebelum ini, rakyat Selangor melihat tindakan Si Azmin tu yang telah membatalkan perjanjian pembekalan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan adalah untuk memenuhi kemahuan Politik dirinya semata - mata.

Hanya kerana dia nak tunjukkan keegoan dan kesombongan dirinya yang mempunyai kuasa, Si Azmin tu sanggup mengenepikan kebajikan rakyat demi kepentingan Politik Peribadinya sendiri.

Bagi mereka, tujuan Si Azmin tu membatalkan perjanjian tersebut adalah untuk membuat desakan supaya pihak Kerajaan Pusat datang sembah kaki dia bagi menyelesaikan isu tersebut.

Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu memang tidak mengutamakan kebajikan rakyat yang semakin dihimpit dengan masalah bekalan air yang kronik di Negeri Selangor sendiri.

Punya la Si Azmin tu tak sedar diri sampai isu itu pun terpaksa ditegur secara terbuka oleh KDYMM Tuanku Sultan Selangor sendiri dalam Majlis Perasmian Persidang DUN Selangor hari ini.
"Beta mahu Memanda Menteri Besar meneruskan sikap tegas dalam mempertahankan kedaulatan negeri dan kepentingan rakyat. Beta berharap penstrukturan semula air di Selangor dapat dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma perjanjian yang ditandatangani pada 12 September lalu. 
"Beta yakin pendekatan untuk bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan hal ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang efisien dan mesra rakyat kepada warga Selangor. 

"Oleh itu beta menyeru agar perkara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna demi memnuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat," demikian memetik ucapan perasmiannya, pagi tadi.
Nah! Sekarang sudah terbukti bahawa Si Azmin Ali tu lebih mementingkan soal Politik dari nak menjaga kebajikan rakyat. Sepatutnya orang macam dia ni Tak Layak nak jadi pemimpin.

Tapi, apa boleh buat. Memang itulah perangai Si Azmin ni. Dia memang pentingkan diri dia sendiri. Sedangkan nak jadi Menteri Besar Selangor pun dia sanggup mengkhianati Presiden parti sendiri, inikan pulak dia nak ambik peduli pasal kebajikan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping