Selasa, April 07, 2015

Haduyai!!! Buat apa la Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni nak susahkan diri nak membuktikan ramalan yang dibuat tu takkan menjadikan kenyataan? Terima je la dengan hati yang terbuka.

Biarpun apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia tu benar, tapi buat apa kita nak mengabihkan masa sedangkan ramalan yang dibuat itu dianggap satu kebenaran bagi orang UMNO sendiri?

Kalau ada orang kata Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, buat apa Ketua Pemuda UMNO nak pening - peningkan kepala? Biar lantak la kalau nak melingkup pun.

Lagi pun bagi sesetengah pihak, ramalan yang dibuat tu memang pasti akan menjadi kenyataan dan mereka lebih suka sekiranya Kerajaan hari ini tumbang serta digantikan dengan orang lain.

Jadi, buat apa susah - susah Ketua Pemuda UMNO Malaysia nak menafikan ramalan yang telah dibuat dan menghabiskan masa tak tentu arah? Buat apa Ketua Pemuda UMNO tu nak merepek?

Sebaliknya, Pemuda UMNO perlu terima je ramalan tu bulat - bulat. Tak payah la nak susah - susahkan diri berkempen kepada orang - orang muda mengenai kebaikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan.

Sepatutnya jentera - jentera UMNO disegenap lapisan tak perlu nak menyusahkan diri dengan menumpukan perhatian terhadap Kempen Keahlian dan Daftar Pengundi (KDP) bagi memenangi Pilihan Raya Umum nanti.

Kot kalau Malaysia ni jatuh ke tangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sekali pun kerana isu peribadi yang dibangkitkan oleh mereka sendiri, apa Pemuda UMNO perlu kisahkan sangat?

Biar lantak la apa nak jadi pun. Dah ramalan yang dibuat tu semuanya tepat belaka, nak buat macam mana. Sedangkan isu Sirul tu pun masih ada jugak orang UMNO yang percaya, nak buat macam mana lagi?

Dah puas dah dijelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu dilaman media, tapi masih ada orang UMNO yang beria - ia sokong sehingga anggap Kerajaan Zalim. Kita nak kata apa lagi?

Biarpun kes tersebut sudah melalui sistem perundangan Malaysia, tapi masih lagi ada orang UMNO sendiri yang nak mempertikaikan soal sistem Kehakiman Negara secara terbuka, buat apa kita nak buktikan sebaliknya?

Kesimpulannya, tak payah la Pemuda UMNO Malaysia ni nak ambik kisah sangat untuk membuktikan ramalan tu tak tepat dan sebagainya. Semua tu hanya akan membuangkan masa je dan tak mendatangkan faedah. Biar lantak la kalau Malaysia ni nak melingkup sekali pun!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Masa untuk KJ berkerja keras, bukan untuk menyangkal teguran!

    BalasPadam
  2. Tukar jer...abih cerita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar je dengan mukriz.,...selesai

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping