Inilah bahananya bila ada pemimpin yang jenis hanya suka menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri sehingga melupakan agenda asal partinya. Penyudahnya, maruah parti pun tergadai.
Dek kerana terlalu alpa dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang hari ini membuatkan pemimpin seperti Si Hanipa Maidin ni mudah terpesong dari agenda asal perjuangan parti itu sendiri.
Punya taksub dengan jawatan yang dia ada sehingga membuatkan pemimpin seperti ini sanggup menggadaikan maruah serta harga diri kepada orang lain demi memenuhi kehendak peribadi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Hanipa Maidin ni seolah - olah memberikan kita gambaran jelas bahawa dia cukup TAKUT dengan bayang - bayangnya sendiri.
Maka sebab itulah dia tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa PAS mampu untuk berjuang bersendirian jika dibuang dari Pakatan.
Kata Si Hanipa Maidin, sekiranya PAS mengambil tindakan sedemikian, bermakna parti itu bukannya bergerak ke hadapan. Tetapi sebaliknya, mereka akan jauh ketinggalan dibelakang.
"Jika itu pendirian PAS, maka segala usaha dan gerak kerja yang PAS lakukan di negeri-negeri selain Kelantan, khususnya di pantai barat, bagi melebarkan pengaruh dan sokongannya, jika pun tidak sia-sia, akan mengembalikan PAS kepada kedudukan PAS sebelum wujudnya PR."Dan jika ini berlaku, bagi saya, ia merugikan sama sekali misi dan visi PAS membawa agenda Islamnya kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya lagi.
Tidak cukup sekadar itu sahaja. Malah Si Hanipa Maidin ni juga turut membuka pekung PAS dengan mendedahkan agenda sebenar parti tersebut selama hari ini iaitu ber-POLITIK dan bukannya menegakkan Islam.
Persoalannya cukup jelas. Kenapa Si Hanipa Maidin ni terlalu TAKUT ditinggalkan keseorangan dan dipinggirkan dari kalangan puak -puak DAPigs dan PKR dalam Pakatan kelak?
Adakah dia sudah hilang keyakinan pada dirinya sendiri? Jika dia benar - benar ikhlas menjaga Kebajikan Rakyat dikawasannya, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sudah pasti rakyat akan tetap memilih dia sebagai wakil mereka.
Tapi hakikatnya, Si Hanipa Maidin ni sendiri pun sedar bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu hanya bersandarkan kepada tipu helah untuk memperdayakan rakyat secara terang - terangan.
Kalau nak harapkan dia menjaga kebajikan rakyat, tunggu sampai Si Guan Eng masuk Islam pun belum tentu lagi. Maka sebab itulah dia mudah hilang keyakinan dan sanggup menghambakan dirinya kepada orang lain demi untuk memenuhi agenda Politik Peribadinya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.