Hahaha!!! Inilah mentaliti pemimpin yang tak boleh nak ditegur. Bila dicuit sikit je, mudah sangat dia melenting. Nampak sangat la yang Menteri Besar Selangor ni memang tak Profesional.
Dah la tak dapat nak tahan sabar. Si Menteri Besar Selangor ni juga dilihat tidak mempunyai kredibiliti dan persona apabila dia sendiri yang terpaksa mempertahankan dirinya.
Kalau orang lain yang mempunyai karisma, dia tak perlu nak mempertahankan diri dia didalam sidang DUN. Sebaliknya, sudah pasti ada pemimpin lain yang akan mempertahankan dia.
Ditegur mengenai syarat penyerahan tender terbuka yang diamalkan sebelum ini, Khalid Ibrahim bangkit mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor yang menukarkannya kepada penganugerahan kontrak.
Kata Si Khalid Ibrahim, tindakan Si Menteri Besar Selangor tu bakal mengundang kepada salah guna kuasa dan juga amalan rasuah yang cuba dibenteras oleh kepimpinannya sebelum ini.
"Saya sangat terkejut dan curiga (apabila) kerajaan negeri telah menukar pendekatannya dalam pelaksanaan dasar tender terbuka dan pemilihan kontraktor.
"Pendekatan baru inilah sebenarnya yang bakal mengundang bencana kepada tata kelola dan urus tadbir kewangan negeri serta kemaslahatan umum akibat gagal memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek "value for money" demi mencapai hasil kerja atau perkhidmatan bermutu tinggi pada harga atau caj berpatutan," kata Khalid semasa ucapan menjujung titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.
Malah Khalid Ibrahim juga turut menjelaskan, sistem tender terbuka yang diamalkan oleh pentadbirannya sebelum ini mampu memberikan manfaat kepada rakyat dan mampu menjimatkan dana awam.
Selain mempertikaikan mengenai isu tender tersebut, Si Khalid Ibrahim juga turut menyentuh mengenai isu perjanjian pembekalan air yang telah dimeterai sewaktu pentadbirannya sebelum ini.
Tapi, ibarat seperti orang yang dah terdedah kemaluannya kepada umum, Si Menteri Besar Selangor tu bangkit membidas kenyataan tersebut sambil melabelkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang tiada Kredibiliti.
"Kredibiliti seseorang pemimpin diukur di atas keupayaan membuat keputusan dan berani membuat keputusan. Pemimpin tak boleh diukur bila dia tak berani buat keputusan dan sentiasa mengambil jalan selamat. Itu (bagaimana) mengukur seseorang pemimpin," ujar Azmin.
Heh! Nampak sangat la yang Si Menteri Besar Selangor tu sendiri yang tidak ada kredibiliti apabila mempertikaikan pasal orang lain. Ianya membuktikan bahawa dia mudah sangat melenting.
Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin Negeri, Si Azmin tu perlu menerima setiap teguran dan kritikan yang diberikan serta menjawabnya dengan fakta. Bukannya menyerang peribadi orang lain secara membabi buta!!! Kalau dah Songeh tu, mengaku je la!!!
standard lah jawapan ASSmin tu....standard bankang dari longkang...
BalasPadamSatu jawapan yang bukan jawapan. Jawapan yang berpusing seperti berpusing pening nya kepala assmin. Ikut satil mentor liwat dia lah. Bila tersepit habis dituduh semua orang. Macam budak2. Dia yang kentut habis semua orang dituduh kentut.
BalasPadam