Nampak gayanya, kemelut kepimpinan didalam Pakatan Haramjadah tu semakin hari semakin bertambah kritikal. Nak pulak bila menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh ni.
Jika sebelum ini, kita dah dengar ura - ura yang Si Azmin tu mencadangkan calon dari kalangan kartel dia yang bukan dari kem Wan Azizah untuk bertanding bagi Pilihan Raya tersebut.
Tindakan dan langkah subversif yang diambil oleh Si Azmin tu disifatkan sebagai satu bentuk usaha untuk menghapuskan legasi Si Ketua Penipu tu anak beranak dari bumi Permatang Pauh.
Bagi mereka, selagi keluarga Si Ketua Penipu tu tidak dihapuskan secara sistematik, maka adalah sukar untuk Si Azmin tu keluar dari agenda keluarga yang menguasai Politik PKR secara terbuka.
Namun, hasrat Si Azmin tu memang disedari oleh puak - puak Pencacai kepada keluarga Si Wan Azizah. Maka diorang pun teruja membuat pengumuman untuk mencalonkan Si Wan Azizah tu sendiri.
Kalau kita lihat dari satu sudut, pencalonan yang dibuat sebelum ini boleh dianggap terlalu awal sebab masih ada dikalangan ahli yang tidak menerima keputusan Lembaga Pengampunan DiRaja.
Tetapi disebabkan mereka mahu menghalang hasrat serta mengekang kerakusan Si Azmin tu untuk merampas kawasan Parlimen Permatang Pauh tu, terpaksa la diorang buat pengumuman sedemikian.
Walau bagaimana pun, masih juga ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang tidak mahu menerima pencalonan Wan Azizah biarpun mereka tidak menyokong Si Azmin Ali.
Sebaliknya mereka menampilkan nama Saifuddin Nasution, Bekas Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan bekas calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR untuk bertanding dikawasan tersebut.
Ada jugak yang mencadangkan nama Si Mat Syabun memandangkan Si Mat Syabun tu masih tidak ada apa - apa jawatan melainkan dia hanya sekadar Timbalan Presiden PAS yang jadi Boneka DAPigs.
Tapi apa yang kita herannya, kenapa nama Nurul Nuha tidak menjadi sebutan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri sedangkan sebelum ini dia yang beria - ia berjuang untuk Si Ketua Penipu tu?
Adakah mereka anggap Si Nurul Nuha tu tak layak untuk menjadi calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil tersebut dan seterusnya bergelar seorang Ahli Parlimen seperti Kakaknya?
Namun apa yang jelas, Pakatan Haramjadah tu pada ketika ini sedang mengalami konflik kepimpinan dan perbalahan dalaman yang sangat kronik. Tapi, diorang pandai nak alih isu dengan menaikkan isu - isu sensasi untuk terus MENIPU rakyat!!!
Suruh saja nuha tu dok rumah jaga anak dan suami. Jijah sepet nenek kipas tu pulak jangan nak mengada offer diri. Kajang pun tak terjaga, nak pikul lagi beban.
BalasPadam