Sabtu, April 04, 2015

Polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaharu dibangkitkan Sirul Azhar Umar dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyarankan agar dakwaan Sirul Azhar diberi perhatian, mungkin tidak mengetahui tindakan dan siasatan dijalankan polis.

Khalid berkata, polis telah bertemu Sirul Azhar yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.
"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.
"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya mengulas saranan Dr Mahathir supaya kenyataan Sirul Azhar disiasat oleh polis.
Sementara itu, Khalid juga turut menegaskan bahawa kritikan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri itu tidak menghasut seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berpendirian bahawa kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak melanggar Akta Hasutan.

Bercakap kepada pemberita, Khalid berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berniat menghasut.

Jelasnya, sebelum ini perkara itu turut dibincangkan oleh orang ramai, menunjukkan bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang bercakap mengenainya.

"Bagi saya, ia bukan (hasutan)," katanya kepada pemberita. Mengulas lanjut, Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan terhadap Dr Mahathir mengenai tulisan di blognya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping