Baru-baru ini Tun Mahathir menyerang kepimpinan negara lagi. Jika sebelum ini kenyataan Tun Mahathir dianggap bijak serta kritis yang lahir dari pandangan peribadi beliau yang kononnya amat konsisten mahu memperbaiki negara, kali ini Tun M di lihat hilang fokus apabila beliau hanya mengulangi persepsi longkang yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
Dalam satu perenggan didalam serangan terhadap Najib didalam blognya, Tun Mahathir di lihat terpengaruh dengan Mahfuz Omar kononnya Sirul Azhar merupakan pengawal peribadi Najib dan juga diarahkan untuk membunuh Altantuya.
Kenapa Tun Mahathir merelakan pemikiran serta kenyataannya 'jatuh' sama taraf dengan Mahfuz Omar yang dikenali sebagai pelawak nombor satu didalam PAS? Ini membuktikan bahawa Tun Mahathir bukannya nyanyuk, tetapi beliau sudah tak relevan kerana hilang fokus.
Jika Tun Mahathir marahkan Najib diatas sebab-sebab tertentu sekalipun, janganlah rosakkan diri serta pemikiran ahli-ahli Umno Baru dengan dakyah serta pembohongan bertaraf longkang dari sumber pembangkang. Jika Tun Mahathir betul-betul sayangkan parti seperti yang didakwanya.., janganlah berperangai seperti budak-budak baru mahu belajar politik.
Tun Mahathir memang belum nyanyuk.., tetapi bapa kepada Mukhriz itu sedang didalam proses "menopause" didalam pertimbangan serta penilaian senario politik negara yang jauh berbeza dari zaman pemerintahannya.
Tun Mahathir mungkin masih belum nyanyuk, tetapi tidakkah Tun Mahathir tahu bahawa Sirul dan juga Azilah mempunyai 9 tahun untuk menjelaskan sendiri semasa perbicaraan didalam Mahkamah tentang kononnya ada arahan dari pihak atasan seperti yang didakwa oleh Tun M.
Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, Tun M mesti ingat bahawa Sirul hanya memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan dari Azilah selaku pihak Atasannya sebagai seorang anggota Unit Tindakan Khas. Azilah pula mengaku melakukan tindakan sendiri walaupun ada cubaan untuk mengaitkan Razak Baginda didalam kes pembunuhan tersebut.
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Razak Baginda mengarahkan Altantuya dibunuh. Dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat. Malah, entah darimana Tun Mahathir dapat cerita bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib.. Yang mengaitkan Sirul dengan Najib hanyalah Mahfuz..
Saksi-saksi telah dipanggil dalam perbiacaraan tersebut dan Sirul serta Azilah sendiri telah diberi peluang untuk membela diri mereka. Ia dilakukan dengan bebas serta telus tanpa sebarang paksaan. Kenapa waktu itu Sirul atau Azilah tak bercakap langsung tentang arahan dari pihak atasan yang Tun Mahathir seolah-olah mahu mengaitkan dengan Najib?
Adakah The Great Tun Mahathir kini diusia tuanya telah menjadi setaraf dengan pemikiran Mahfuz the clown??
Dan jika benarlah Tun Mahathir seorang manusia berprinsip serta hanya berkata yang benar, kemukakanlah bukti Sirul mendapat arahan dari pihak-pihak tertentu serta bukti bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib Razak. Buat lah laporan Polis dan juga kemukakan bukti tersebut di mahkamah.
Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, tentunya Tun masih percaya bahawa semua tuduhan perlu bukti, bukan hanya boleh dilemparkan tak tentu hala didalam blog dengan harapan untuk melingkupkan negara hanya kerana demi kepuasan sendiri. - Chewan, UtaraNews
PS: Kesimpulannya, jangan la kita mudah sangat kena tipu dengan Si Mahfuz Bean tu sedangkan dia sendiri pun masih terkial - kial nak menjawab soalan yang diajukan sebelum ini.
Dari mana Si Mahfuz Bean tu kenal dengan Sirul? Adakah benar Si Mahfuz Bean tu pernah bertemu dan berkomunikasi dengan Sirul di Australia? Semua persoalan itu masih belum dijawab.
Seandainya soalan - soalan itu pun Si Mahfuz Bean tu masih terkial - kial untuk mencari jawapan, bagaimana pulak kita nak percaya dengan dakwaan yang dibuatnya sebelum ini!!! Kalau setakat nak MENIPU je, baik tak payah!!!
Kesian korang. Mahathir tu sarkastik, bagi komen sinikal. Pasal ini la UMNO tak maju-maju dari dulu. Mahathir perli pun tak faham.
BalasPadamSinikal ke Sinile? Hehehe... soalan dah dijawab beb... Mahfuz pun tak mampu nak jawab soala yang diberikan... kenapa Sirul dan Azilah tak nak bercakap benar sewaktu didalam mahkamah? Kenapa pulak nak didesak Datuk Najib untuk jawab dakwaan separuh benar yang disampaikan oleh Si Mahfuz Bean? Jangan jadi bodoh beb... pikir guna otak, jangan jadi Mahfuz Bean... hahaha...
PadamBukan kena tipu,tapi hati mereka sama, 'busuk lagi membusukan'.Urusan beli kapal selam sudah bermula di zaman TM jadi PM lagi,sepatutnya kalau dia tahu Anwar sodomi, dia juga tentu sudah tahu pasal Najib Altantunya jika ianya benar.Anwar meliwat boleh dia pecat, kalau benar mengapa pula Najib Altantunya dia tak pecat,malahan sanggup pula TM mejatuhkan Pak Lah utk menaikan Najib,jadi PM.Ini TM memang ular,dia sanggup buat apa saja,cakap apa saja utk jatuhkan orang.Mudah-mudahan Allah tunjuk juga keadilan terhadap dia.
BalasPadamPerangan TM ni memang suka menjatuhkan orang jatukan Musa,Gaffar,Anwar,Pak Lah dan sekarang cuba utk menjatuhkan Najib pula.Hati cukup hitam.
Dia pecat anwar sbb dia pm dia tak blh pecat najib sbb dia bukn pm.itupun taktau hehe.lg mau tanya
PadamMasa beli kapal selam TM adalah PM tentulah Najib/Altantunya skandal kalau betul TM dah tahu masa tu,jadi pecat lah masa tu.Kau tak faham?..
PadamMaksudnye sirul n ajilah suko suko bom je laa yee
BalasPadamMaksudnye sirul n ajilah suko suko bom je laa yee
BalasPadamAku nak bagitau kat semua....Tun sememangnya ada maklumat yang banyak dan boleh beliau percayai berkenaan isu Altantuya ni. Maklumat itu sidahlah tentu lebih banyak sehingga Mhfuz pun tak tahu.
BalasPadamitulah TUn, ramai tak sangka beliau ada ramai pemaklum dalam agensi kerajaan.
Bukan sebab tak suka Najib in person tapi tak suka cara Najib tadbir dan berdepan dengan musuh BN.
Adakah ini salah satu blog yg najib ungkit masa PAU
BalasPadamBiasalah beb org pernah duk diatas..pabila kuasa dn kedudukan telah tiada..yg si najibpun satu pegi kacau kroni2 dia buat. apa kan mathir ni telah byak berjasa kepada negara negarawan lagi biarkan suka hati dia..apa2 projek kerajaan biar dia umumkan Najib diam saja barulh puas hati.
BalasPadamDengar citer,punca asalnya adalah kerana ah Jib berani soal TM dan Diamdiam mengapa mereka tinggalkan kewangan Umno dalam keadaan yg lemah,sedangkan sepatutnya Umno kaya raya.Kedua-dua mereka melompat begang itu yg mereka berdua serang ah Jib habis-habisan.
Padam