Selasa, April 21, 2015

Siapa kata puak - puak PAS ni tak sayang pada Si Wan Azizah tu? Jika sebelum ini, bukan main lagi diorang membantah dan menolak pencalonan Si Wan Azizah tu sebagai Menteri Besar Selangor.

Macam - macam alasan yang diorang berikan. Tapi hakikatnya, puak - puak PAS ni ternyata tidak mempunyai pendirian yang tetap. Dulu tolak, sekarang diorang pulak yang beria - ia sokong.

Jadi, macam mana orang tak anggap puak - puak PAS ni sebagai golongan manusia MUNAFIK yang hanya sekadar mementingkan soal kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri?

Hari ini, Kepimpinan PAS Pusat tampil membuat kenyataan dengan menegaskan bahawa keputusan PAS Pusat jauh mengatasi desakan yang dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh sebelum ini.

Punya la diorang nak jaga sangat agenda Politik Peribadi mereka sendiri sehingga mereka sanggup menggadaikan suara ahli - ahli parti diperingkat akar umbi demi kepentingan orang lain.

Bayangkan. PAS Kawasan Permatang Pauh tu buat desakan terhadap PKR atas dasar perjuangan parti yang selama ini mahu perlaksanaan Hukum Hudud dijalankan di Negeri Kelantan.

Bahkan, mereka hanya sekadar mahu menjaga maruah parti dan juga nama baik Presiden dari dihina oleh orang lain. Hasrat mereka suci demi untuk memastikan dasar perjuangan itu ditegakkan.

Tapi ternyata. Suara yang mereka luahkan sebelum ini terhadap ke-BIADAP-an PKR terhadap PAS hanya sekadar di-Tong-Sampah-kan oleh pemimpin - pemimpin mereka diperingkat atasan.

Jelas, keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan PAS Pusat bukan sahaja telah mengkhianati kepercayaan ahli - ahli diperingkat akar umbi. Malah suara mereka juga dipinggirkan.

Jadi, untuk apa lagi ahli - ahli PAS diperingkat bawahan ni percaya kepada pemimpin - pemimpin yang hanya sekadar RAKUS dengan kedudukan serta kuasa yang mereka ada pada ketika ini?

Buat apa lagi diorang meletakkan sepenuh kepercayaan yang diorang ada terhadap pemimpin yang akhirnya tidak mengendahkan suara mereka yang berada di Permatang Pauh tu sendiri?

Kesimpulannya, PAS lebih sanggup meminggirkan suara ahli diperingkat akar umbi demi untuk menjaga maruah serta kemaluan puak - puak PKR tu bagi memastikan agenda kepentingan Politik Peribadi mereka terjaga. Bab suara rakyat ni, diorang peduli pun tidak!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. lawan pemimpin alamat tak masuk syurga laaa...appa raa admin...kitorang punye pasal ler...lu apa kisah?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping