Selasa, April 21, 2015

Heh! Kita ingatkan, orang UMNO/Barisan Nasional je yang tak suka pada Si Khalid Samad ni. Ingatkan orang UMNO/Barisan Nasional je yang anggap dia seorang pemimpin Haramjadah.

Tapi rupanya, Si Khalid Samad ni ada jugak musuh yang lebih dahsyat dari orang UMNO/Barisan Nasional. Rupanya, dia ada musuh yang lebih ketat sampai nak jejak kaki di Rompin ni pun tak boleh.

Semua orang dah tau, siapa calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini. Tapi, adakah semua orang tau yang calon PAS tu merupakan musuh ketat kepada Si Khalid Samad?

Bahkan calon PAS di PRK Rompin ini menganggap Si Khalid Samad tu sebagai seorang pemimpin yang ego dan sombong kerana mengkritik kepimpinan tertinggi PAS secara terbuka.

Diantara yang menjadi persoalan utama calon PAS itu ialah mengenai tindakan yang seringkali Khalid Samad mengutuk dan mempertikaikan Presiden PAS secara terang - terangan.

Bagi dia, Khalid Samad ni lah orang yang menyalahkan Presiden PAS kerana didakwa mencetuskan Polemik diantara Pro Ulama dan Profesional dalam PAS dengan melontarkan idea Kerajaan Perpaduan selepas PRU yang lalu.

Dan Si Calon PAS tu juga turut mengkritik Khalid Samad kerana mempersendakan Hadi Awang ketika slot soal jawab, "Wacana Kemenangan Yang Tertangguh" dan juga tulisan peribadi didalam blognya sendiri.
“Pada perenggan ke-7 (tulisan Khalid itu) jelas menyindir Presiden Pas dengan kenyataan “Pencalonan di KD (Kota Damansara) pun tidak mengikut prosedur, terus pintas memanfaatkan kabel”, kabel yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Tuan Guru Hj.Hadi Awang sendiri kerana watikah ditandatangani oleh beliau. 

“Malah, mereka juga kecewa dengan tulisan Khalid yang bertajuk “PAS Bersikap Terbuka, Terima Teguran AMK”, yang secara terang-terangan menyokong Ketua AMK yang menyindir Presiden Pas dalam kongres mereka,” lapor AIDC.
Atas alasan itu, Si Khalid Samad tu telah diadukan kepada kepimpinan PAS Pusat agar dikenakan tindakan disiplin hanya kerana kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Maka, sudah pasti dengan desakan sedemikian dari calon PAS tu sendiri membuatkan Si Khalid Samad tu akan diharamkan untuk turun ke Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni sendiri.

Jika perkara itu berlaku, bermakna Si Calon PAS tu sendiri bukan la seorang calon yang baik kerana dia tidak mempunyai sifat menghormati kepimpinan partinya sendiri. Kalau pemimpin dia sendiri pun dia tak boleh hormat, inikan pulak dengan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping