Berikut sebahagian dari teks ucapan perbahasan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim yang mengkritik kepimpinan Si Azmin secara terbuka didalam sidang DUN Selangor baru - baru ini.
Katanya: "rakyat Selangor amat bertuah memandangkan iltizam DYMM Sultan Selangor dalam mempertahankan kedaulatan negeri dan kepentingan rakyat demi memastikan kesinambungan kecemerlangan dari perspektif pertumbuhan mampan dan lestari serta kesaksamaan pengagihan kemakmuran untuk kesejahteraan rakyat."
Namun, sejak tampuk pemerintahan Negeri bertukar tangan, ada juga dikalangan rakyat yang memuji serta teruja dengan tindakan - tindakan baru yang dilakukan oleh Si Azmin tu sendiri.
Tetapi, tak kurang juga dengan mereka yang terasa terhibur malah geli hati dengan pelbagai gelagat dan lagak meraih publisiti murahan yang ditonjolkan oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu.
"Malangnya, sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan pengumuman “flip-flop” oleh pentadbiran baharu hingga membuatkan rakyat bingung dan sangat khuatir dengan hala tuju dan kredibiliti kepimpinan kerajaan negeri."
Khalid juga turut menyentuh mengenai penstrukturan semula perjanjian air Selangor yang telah dimeterai sebelum ini perlu bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi oleh Rejim Pakatan Selangor.
"Seperti yang saya tegaskan berulang kali ketika mewakili kerajaan negeri semasa perjanjian tersebut ditandatangani, kejayaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor merupakan prasyarat utama demi menjamin:1. bekalan air terawat mencukupi bagi kegunaan isirumah dan industri perkhidmatan air efisien, bebas gangguan serta pada caj yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat2. berakhirnya perjanjian konsesi berat sebelah yang nyata hanya memberi keuntungan berlipat ganda kepada pemegang konsesi3. pemulangan semua aset berkaitan air kepada rakyat yang dicadangkan dalam bentuk saham."
Malangnya, kata Khalid, segala penat lelah dan jerih perit pegawai pentadbiran sebelum ini untuk mencapai persetujuan seperti disia - siakan dengan keputusan berdolak dalih mengenai isu tersebut.
Jika dilihat dengan jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu sebelum ini bukan lah satu tindakan yang menyebelahi keperluan rakyat. Tapi sebaliknya, hanya sekadar untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Maka sebab itu dia Tak Layak jadi pemimpin!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.