Heh! Inilah sifat MUNAFIK yang dimiliki oleh puak - puak PAS tu sebenarnya. Diorang ni hanya sekadar berani nak mempergunakan sebahagian sahaja dari kata - kata Tun Mahathir.
Kalau bab nak jadi 'Batu Api' dan melaga - lagakan Tun dengan Datuk Seri Najib, memang diorang la yang paling awal memetik kata - kata Tun dan disebarkan didalam laman media sosial.
Sampai tahap sanggup diorang spin dalam laman portal HaprakDaily tu. Semuanya hanya kerana diorang nak menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tapi, kalau keluar bab cerita seperti dibawah ni, diorang sendiri pun terdiam. Terkedu tak tau nak jawab apa. Malah, ada pulak diantara mereka yang buat dakwaan Tun Mahathir ni dah nyanyuk.
Soalnya, kenapa diorang suka ambik kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun tu separuh - separuh? Kenapa diorang tak percaya semua kata - kata yang diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri tu?
Kalau Tun tanya pasal 1MDB atau isu mengenai kes Altantuya, diorang la yang paling kuat berkokok. Tapi bila Tun sebut je pasal perlaksanaan Hukum Hudud, atau cerita pasal Si Ketua Penipu tu Kaki Peliwat, semuanya tak percaya belaka!!!
Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haramjadan ni sendiri tak berani nak bukak mulut dan hanya sekadar pandai mempergunakan kata - kata Tun Mahathir tu sebagai bahan Politik Murahan mereka. Semuanya demi kepentingan Politik Peribadi je!!!
PETALING JAYA: PAS hanya mahu melaksanakan undang-undang hudud semata-mata untuk kepentingan politik, sekali gus menjadikannya tidak Islamik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau juga terkejut apabila Umno Kelantan menyokongnya dan berharap mereka memahami apa yang mereka lakukan.
"Hudud PAS bukan hudud Islam sebab ia sangat tidak adil, sedangkan al-Quran menuntut keadilan apabila menghukum.
"Hukum potong tangan, rejam sampai mati dan penggal leher ke atas orang Islam tetapi mengenakan hukum yang ringan kepada orang bukan Islam dalam masyarakat yang sama amatlah tidak adil. Justeru itu hudud PAS bukan hukum hudud Islam," katanya dalam posting di blog beliau chedet.cc pada Rabu.
Dr Mahathir berkata, niat politik PAS adalah jelas apabila presidennya Datuk Seri Hadi Awang pada 2003 memberitahu bahawa parti itu akan bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional walaupun ia bermakna mengorbankan agenda hudud mereka di peringkat Persekutuan.
PR hanya menjaja perkataan adil tapi apa yang dipraktikan sebenarnya x adil. Begitu juga dengan perkataan rakyat hanya diguna bertujuan mengaburi rakyat. Apa yang dipraktikan macam kuku besi x berjiwa rakyat pun. Contohnya di PP kampung Melayu diambil sesuka hati. Di Selangor pula guru KAFA yang menagih janji pru 2013 diugut akan diambil tindakan.
BalasPadam