Percaya atau tidak, itulah perkara yang akan berlaku dalam kempen Pilihan Raya Kecil kali ini. Tak kira la sama ada di Permatang Pauh atau pun di Rompin. PAS takkan sentuh isu Hudud.
Walaupun isu perlaksanaan Hukum Hudud itu diperjuangkan oleh parti mereka, tapi sudah pasti PAS tidak berani nak menjadikan medan Pilihan Raya Kecil kali ini tempat untuk merka menjelaskannya.
Bahkan, PAS anggap seolah - olah isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud yang mereka sendiri bentangkan sebelum ini menjadi satu isu 'Taboo' yang lansung tidak boleh disentuh oleh mana - mana pihak.
Sebab itu di Permatang Pauh, PAS kawasan tersebut sendiri telah memberikan amaran kepada PKR untuk tidak menyebut lansung mengenai isu tersebut jika mereka mahu menang.
Kalau PKR sebut jugak dan isu itu menyebabkan mereka kalah, maka PAS tidak boleh dipersalahkan seperti mana yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan sebelum ini.
Tapi, kita tak pelik kenapa PAS Permatang Pauh melarang PKR untuk menyebut tentang isu perlaksanaan Hukum Hudud tu. Sebab isu perlaksanaan Hukum Hudud tu bukan agenda perjuagan PKR.
Yang kita peliknya, kenapa PAS juga tak nak sebut isu perlaksanaan Hukum Hudud tu sewaktu Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin? Kenapa mereka dilihat seolah - olah cuba nak mendiamkan isu tersebut?
Jika dilihat dari gerak kerja yang disediakan oleh puak - puak PAS dalam PRK Rompin ni, diantara isu yang mereka akan bangkitkan ialah mengenai perlaksanaan cukai GST dan juga Felda.
Kenapa diorang tak gunakan peluang ini untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan? Kenapa mereka tak nak cerita sebab musabab DAPigs bantah perlaksanaan Hukum tersebut?
Dan, mereka juga dilihat seolah - olah cuba nak melarikan diri dari menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir mengenai soal Keadilan yang sepatutnya menjadi tungjang utama perlaksanaan Hukum tersebut.
Kenapa PAS hanya mengimplimentasikan perlaksanaan Hukum Hudud terhadap orang Islam dan tidak kepada orang Bukan Islam? Adakah perlaksanaan itu boleh dianggap sebagai 'Adil'?
Jelas, dari persoalan - persoalan yang dibangkitkan diatas, PAS dilihat seolah - olah Takut Dengan Bayang - Bayang mereka sendiri. Maka sebab itulah mereka cuba nak sembunyikan isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud biarpun isu itu merupakan dasar perjuangan mereka sendiri!!!
Sdh lama teman menilai kejujuran pas yg mna benar2 untuk mmprjuangkan islam..sngup mgkafirkan umno krn menolak hudud..adakah umno menolak hudud..allah itu maha kaya..nah hari ini dgn jelas siapa yg menolak hudud secara terang..hinggakan ramai umat islam negara kita terguris..krn yg terang menolak hudud adalah di kalangan mereka sendri..tidakah hudud itu hnya di jadikan modal politik untuk membenci umno..berani kah pas mgulagi ayat2 keramat satu ketika dulu..umno kafir..yg pastinya tdk akan lagi kedengaran krana ayat2 keramat itu telah memakan diri.
BalasPadam