Huh! Tak heran la kenapa Si Azmin tu tiba - tiba je sanggup pulak buat dakwaan dan meroyan tak tentu arah bila ditegur oleh Si Khalid Ibrahim ni dalam sidang DUN Selangor sebelum ini.
Rupanya, Si Khalid Ibrahim tu turut mendesak agar Si Menteri Besar Selangor yang baru tu letak jawatan sekiranya dia tak pandai nak menguruskan hal - hal berkaitan dengan rakyat dinegeri tu.
Kata Khalid, Si Azmin tu sepatutnya sedar diri dan berundur agar dapat memberikan laluan kepada mereka yang lebih layak untuk menguruskan Selangor sesuai dengan status Negeri tersebut.
“Selepas Perjanjian Utama dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, persetujuan dicapai untuk membina paip air daripada Sungai Pahang ke Loji Semenyih tanpa sebarang bayaran.
“Namun, pendirian berubah-ubah yang diambil kerajaan negeri sekarang menghalang projek ini dilaksanakan dan akibatnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menghadapi gangguan bekalan air yang teruk sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya ketika membahas Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Selangor dalam Sidang Dewan Negeri Selangor.
Dalam erti kata lainnya, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu didakwa tidak pandai nak mengurus-tadbirkan Rejim Pakatan Negeri sehingga perkara itu juga dibangkitkan oleh KDYMM Tuanku Sultan.
Tapi, kenapa pulak Si Khalid Ibrahim tu nak rasa hairan dengan pencapaian yang dimiliki oleh Si Azmin Ali tu sebagai Menteri Besar? Soalnya, baru hari ni ke dia kenal dengan Si Azmin tu?
Kalau kita tengok 'track record' Si Azmin tu sejak dia jadi pemimpin PKR, apa pencapaian dia yang paling cemerlang selain dari mengkhianati Presiden parti sendiri untuk merebut jawatan Menteri Besar?
Seawal dia memegang jawatan sebagai MB, Si Azmin tu pernah berjanji nak selesaikan masalah rakyat yang berkaitan dengan sampah dan juga longkang. Sekarang, dah selesai ke masalah tu?
Kalau tengok pada gayanya, bukan main lagi Si Azmin Ali tu tunjuk pada rakyat. Sampai tahap, ada pulak yang kata Menteri Besar Selangor yang baru tu hobinya suka terjun longkang.
Kesimpulan mudahnya, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu jelas hanya sekadar seorang pemimpin yang setakat 'Pandai Bercakap' je tapi 'Kerja Tak Reti' nak buat. Malang sungguh nasib rakyat Selangor dapat pemimpin yang setakat pandai main wayang je!!!
Padan muka tu..sekalung tahniah buat rakyat selangor...anda bijak.
BalasPadam