Rabu, April 15, 2015

Haduh!!! Kenapa la dengki sangat diorang ni ye. Kenapa pulak diorang beria - ia sangat nak halang Si Nurul Nuha tu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tu?

Si Nurul Nuha tu dah besar panjang. Dia dah berumah tangga dan mempunyai anak - anak. Kenapa pulak masih ada pihak yang nak memandang rendah terhadap anak kedua Si Ketua Penipu tu?

Tak layak sangat ke Si Nurul Nuha tu nak jadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tu? Takkan la dia tak mempunyai peluang lansung untuk dijadikan sebagai calon?

Kalau semalam, puak - puak DAPigs tu tampil membuat dakwaan kononnya PKR akan menghadapi saingan sengit dalam Pilihan Raya Kecil kali ini. Malah peluang nak menang pun 50-50.

Hari ini, tampil pulak seorang penganalisis Politik yang membuat dakwaan kononnya PKR akan menghadapi kesukaran sekiranya Si Nurul Nuha tu yang bertanding. Pandai - pandai dia je buat dakwaan.

Kata Si Penganalisis Politik tu, peluang untuk PKR mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh tu akan bertambah tipis sekiranya mereka mencalonkan Nurul Nuha untuk bertanding.

Kata dia, walaupun kerusi Permatang Pauh tu merupakan kubu kuat Si Ketua Penipu tu sebelum ini, namun ianya tidak akan memberi jaminan kemenangan buat PKR berdasarkan situasi Politik terkini.
“Nurul Nuha masih tidak cukup pengalaman, manakala Nurul Izzah pula sudah jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Jadi Wan Azizah lah yang paling layak.


“Wan Azizah mempunyai pengaruh luar biasa di sana kerana suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar di sana (Permatang Pauh). Wan Azizah lah yang paling layak tandingi BN di Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan.
Yang herannya, macam mana pulak Si Penganalisis Politik tu boleh kata yang Si Nurul Nuha tu tak mempunyai pengaruh? Kalau tak bagi dia peluang, mana kita tau yang dia tidak mempunyai kelayakan?

Sepatutnya, PKR perlu memberikan laluan kepada Si Nurul Nuha tu untuk bertanding. Bagi la dia rasa keadaan Politik di Malaysia semasa hari ini. Kalau tidak, sampai bila dia nak belajar?

Lagi pun, kalau PKR letak Si Wan Azizah tu, diorang belum tentu boleh menang. Nak pulak bila ramai dikalangan ahli PKR sendiri mula mempertikaikan Si Wan Azizah tu secara terbuka. Jadi, lebih baik suruh Si Wan Azizah tu duduk rumah, jaga cucu. Itu lagi baik!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Memang tak layak..
    Nuha tak layak
    Izzah tak layak
    wan azizah pun tak layak..
    Ayah layak, tp oleh kerana kes dirinya buat dia langsung tak layak

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping