Isu pelaksanaan Hukum Hudud PAS di Kelantan yang menjadi punca keretakan diantara gabungan Pakatan turut dianggap tidak relevan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang sumber dari kalangan puak - puak PAS tu sebelum ini. Isu Hukum Hudud itu tidak sama sekali akan dibangkitkan dalam kempen mereka.
Sehubungan dengan itu, pihak PAS Katanya akan memberikan fokus kepada dua isu utama yang memberi kesan kepada pengundi di kawasan Parlimen Rompin khususnya berkaitan dengan GST.
Malah menurut sumber tersebut, PAS masih banyak isu lain yang boleh dijadikan sebagai modal "Politik Murahan" mereka untuk dijaja kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil kali ini.
"Ada banyak isu...tapi berdasarkan culaan kami, dua isu yang paling top dan relevan adalah GST dan drama antara (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Dua isu ini adalah hasil kajian kami setakat ini," katanya ketika ditemui sebelum ini.
Bahkan, sumber itu juga turut menolak pandangan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa isu Hudud akan menjadi isu penting sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang bermula hari ini.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengumumkan pendirian tegas mereka untuk memboikot kempen PKR dalam PRK di Permatang Pauh.
Mereka telah memberikan parti sekutu mereka didalam Pakatan kata dua sama ada untuk menarik kenyataan dan sokongan terhadap perlaksanaan Hukum Hudud atau diboikot oleh jentera mereka.
Sementara itu ditanya mengenai keyakinan PAS untuk mendapatkan kemenangan di kerusi yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional, sumber itu berkata berkata: "PAS tetap yakin untuk mengurangkan majoriti BN".
Kesimpulannya, walaupun agenda perlaksanaan Hukum Hudud itu merupakan diantara agenda utama dalam dasar perjuangan PAS, ianya masih dianggap tidak relevan di Parlimen Rompin.
Jadi, jangan pulak puak - puak PAS tu meroyan bila DAPigs mendakwa isu perlaksanaan Hukum Hudud PAS tu hanya sekadar satu propaganda murahan untuk kepentingan Politik Peribadi semata - mata!!! Bukannya diorang buat untuk menegakkan hukum Islam!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.