Nak ambik hati semua pihak ni memang susah. Kalau kita kata peniaga - peniaga yang tak bertanggungjawab ambik kesempatan keuntungan melalui GST, dah tentu - tentu ramai yang meroyan.
Tapi hakikatnya, itulah yang berlaku. Ada dikalangan peniag - peniaga ni yang bersikap lebih mementingkan diri sendiri dengan mengambil kesempatan diatas perlaksanaan sistem cukai GST tu.
Secara mudahnya, perlaksanaan cukai tersebut perlu dilaksanakan dengan telus oleh peniaga - peniaga serta pemborong yang terlibat. Mereka perlu menolak cukai SST yang diimplimentasikan sebelum ini sebelum menambah cukai GST tu.
Kita ambik contoh mudah misalnya, harga jualan barang tu adalah sebanyak RM 10.00 termasuk cukai SST. Maka harga asalnya adalah sebanyak RM 8.40 selepas ditolak cukai SST sebanyak 16 peratus.
Jadi, dengan perlaksanaan cukai GST sebanyak 6 peratus, harga asal (RM 8.40) ditambah pulak dengan 6 peratus, menjadikan jumlah harga jualan barang tu berharga sebanyak RM 9.24 SAHAJA!!!
Tapi kebanyakkan peniaga mengambil kesempatan TIDAK MENOLAK cukai SST tu dari harga barang mereka. Sebaliknya mereka MENAMBAH cukai GST sebanyak 6 peratus kepada jualan barang tersebut.
MB Pahang meninjau kedai - kedai disekitar Bandar Tun Razak, Rompin. |
Benda yang sama juga dilakukan oleh peniaga - peniaga sewaktu harga minyak naik dan turun sebelum ini. Misal contoh, harga barang sebelum harga minyak naik adalah sebanyak RM 1.00.
Kemudian minyak naik harga sebanyak RM 0.20 sen SELITER. Peniaga yang tak bertanggungjawab ni ambik kesempatan menaikkan harga barang, menjadikannya sebanyak RM 1.20 sen.
Tapi, bila Kerajaan turunkan harga minyak sebanyak RM 0.25 sen, peniaga - peniaga yang tak bertanggungjawab ni tak turunkan pulak harga barang tu. Sebaliknya diorang kekalkan juga pada harga RM 1.20 sen.
Yang lebih mengecewakan ialah apabila peniaga - peniaga yang tak bertanggungjawab ni menaikkan semula harga barang sebanyak RM 0.20 apabila Kerajaan menaikkan harga minyak, menjadikan harga barang tu kepada RM 1.45 sen.
Tapi, yang paling celakanya ialah puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Diorang sikit pun tak nak usik peniaga - peniaga yang dah banyak bagi diorang keuntungan selama hari ini.
Diorang sikit punya TAKUT nak desak agar peniaga - peniaga tu yang bertanggungjawab. Sebab apa? Sebab ianya menguntungkan agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
Bukannya diorang nak memperjuangkan hak rakyat sangat pun. Jadi, rakyat perlu bijak untuk menilai, adakah mereka nak memilih wakil rakyat yang hanya sekadar MUNFAIK mementingkan diri sendiri atau yang benar - benar ikhlas mahu menjaga kebajikan mereka???
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.