Sambungan dari artikel sebelum ini: Kemaluan Mazlan Aliman Di #PRKROMPIN Cetus Persoalan!!!)
Ini menjadi isyarat jelas kepada warga FELDA diseluruh kawasan Parlimen Rompin bahawa Si Mazlan Aliman dan gerombolan ANAK adalah liabiliti terbesar PAS untuk kempen PRK Rompin.
Persoalan ini mula ditimbulkan oleh kerana PAS kini dilihat sedang bergerak secara sendiri dalam kawasan - kawasan FELDA di Parlimen Rompin tanpa kehadiran Mazlan Aliman dan ANAK.
Melalui tinjauan bersama warga penduduk FELDA Gugusan Keratong, Mazlan Aliman dan ANAK bukan sahaja dilihat sebagai liabiliti, malah dia dan gerombolan ANAK menjadi liabiliti terbesar warga FELDA keseluruhannya.
Warga FELDA turut mula mempersoalkan peranan Mazlan Aliman dan gerombolan ANAKnya yang selama ini KONONnya ingin menjadi jaguh kampung dalam kalangan warga FELDA.
Tapi, dimanakah kelibat Si Mazlan Aliman dan gerombolan ANAK yang dipimpinnya disaat warga FELDA seluruh Negara berdepan musibah malang sewaktu banjir besar melanda Negara?
Inilah persoalan yang paling banyak dikemukakan oleh warga penduduk FELDA disini apabila mengenangkan nasib warga FELDA ketika menerima bah banjir besar baru-baru ini.
Terutama dalam Negeri Pahang khususnya Wilayah Jengka, Wilayah Mempaga dan sudah pasti jiran-jiran Gugusan FELDA Wilayah Kuantan. Malah paling buruk, adalah warga FELDA di Wilayah Gua Musang, Kelantan.
Selain itu, mereka juga turut tertanya-tanya kenapa Mazlan Aliman dan ANAK tidak membantu 271 orang warga peneroka FELDA Kemahang 3 dalam tuntutan yang telah dibuat sebelum ini.
Mereka turut memaksa Wan Rohaimi membayar mereka sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, sedangkan Mazlan Aliman telah melantik Wan Rohaimi sebagai peguambelanya.
Malah, peranan Mazlan Aliman turut dipersoalkan apabila kerajaan PAS Kelantan menaikkan premium tanah sebanyak 400% iaitu dari RM3 ribu kepada RM29,000. Hampir sepuluh kali ganda!
Kenapa Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya tidak memperjuangkan nasib warga peneroka di Negeri Kelantan yang terang, jelas dan nyata telah dianiyai oleh Rejim PAS Negeri itu?
Persoalan ini yang majoritinya berlaku di Kelantan, dibangkitkan oleh warga FELDA dalam Parlimen Rompin kerana Kelantan adalah Negeri dimana Rejim PAS cukup berkuasa sepenuhnya.
Namun nasib warga peneroka FELDA disana ternyata telah ditindas tanpa sebarang pembelaan individu ‘Jaguh Kampung’ yang amat taksub kepada PAS ini iaitu Mazlan Aliman.
Warga peneroka FELDA juga mempersoalkan kredibiliti Mazlan Aliman, ANAK dan PAS yang menurut mereka, “jika peneroka dalam negeri mereka sendiri tidak terbela, apalah nasib kami disini?"
"Jika kami diwakili Ahli Parlimen PAS dalam Negeri yang tidak diperintah oleh mereka, sudah pasti kami akan dipinggirkan juga". Begitulah luahan beberapa penduduk dalam kawasan FELDA yang sempat ditemui.
Maka, benarlah telahan ramai pihak bahawa Si Mazlan Aliman ni dan gerombolan ANAKnya hanya sekadar tunjuk muka sewaktu Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ini sahaja. Bila habis PRK nanti, diorang pun akan turut lesap dari dunia!!!

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.