Bagaimana mungkin rakyat boleh terima sebuah parti yang pada dasarnya mempunyai pemimpin yang curiga terhadap perjuangan parti sendiri? Itu persoalan yang perlu diajukan kepada rakyat.
Dikala rakyat tercari - cari pemimpin yang mampu untuk membela nasib mereka, pimpinan PAS dilihat mula hilang kepercayaan terhadap dasar perjuangan parti yang semakin hari semakin terhakis.
Perkara itu bukan sengaja dibangkitkan kerana dengki atau cemburu dengan PAS. Tetapi ianya disuarakan oleh pemimpin PAS sendiri yang ternyata kecewa dengan beberapa orang pemimpin yang lain.
Katanya, pemimpin PAS yang menganggap parti itu tidak mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan hanya bergantung harap kepada gabungan Pakatan semata - mata menghadapi Inferiority Complex.
“Ahli Pas semakin matang untuk memilih kabinet Pas yang kuat dan mantap ke arah mempersada Pas di pentas politik tanah air. Bukan lagi Pas yang pemimpinnya telah hilang keyakinan kepada kemampuan parti sendiri lalu ‘beriman’ bahawa PR lah yang menyebabkan Pas masih relevan sehingga hari ini
“Pas telah menempuh pahit maung perjuangan dan membesar dengan dasar dan prinsip yang tidak pernah berubah. Sedang PR baru wujud beberapa tahun kebelakangan ini.
"Bagaimanalah ada pimpinan tertentu dalam Pas menganggap bahawa kehebatan dan kejayaan Pas adalah kerana PR. Tanpa PR, Pas tidak akan ke mana dan tidak berjaya sehingga tahap ini.
“Sikap sebegini adalah sikap memandang rendah pada keupayaan parti sendiri. Pemimpin sebegini adalah pemimpin yang mengalami sindrom atau penyakit ‘inferiority complex’ yang serius,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nah! Sekarang rakyat di Rompin sendiri perlu memikirkan masa depan mereka. Macam mana mereka nak meletakkan kepercayaan terhadap pemimpin yang mempertikaikan partinya sendiri?
Ternyata, perbalahan yang timbul dikalangan puak - puak Pro Liberal Anwar dan Pro Ulama Ortodoks didalam PAS membuatkan kestabilan politik parti itu sendiri berada dalam keadaan kucar kacir.
Kalau dasar perjuangan parti sendiri pun diorang dah mula tak, macam mana rakyat nak percaya kepada mereka? Macam mana rakyat nak menaruh harapan kepada mereka secara total?
Hakikatnya, PAS hari ini tidak serupa dengan PAS yang dulu. Bahkan suara dikalangan ahli diperingkat akar umbi sendiri pun PAS boleh buat - buat pekak badak. Inikan pulak diorang nak memperjuangkan soal kebajikan rakyat!!! Lagi la diorang boleh buat - buat TAK TAU!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.