Jumaat, April 10, 2015

Dalam kesibukkan rakyat berteka - teki khabar angin yang tersebar sebelum ini, PAS akhirnya tampil menjernihkan keadaan dengan mengumumkan bahawa pihaknya tetap akan bertanding di Rompin.

Jika sebelum ini, PAS Rompin dah mula kecoh menamakan Yang DiPertua PAS Kawasan Rompin sebagai orang yang paling sesuai untuk diturunkan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini.

Dan dari apa yang dihebohkan sebelum ini, Yang DiPertua PAS Rompin itu juga turut menyandang jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri. Dan kelebihan itu membuatkan dia layak untuk menjadi calon.

Dengan berbekalkan asas pendidikan yang tinggi memang membuatkan dia boleh dianggap sebagai calon yang paling sesuai. Tetapi, adakah dia cenderung menyokong perjuangan PAS selama hari ini?

Jika kita perhatikan, sejak kebelakangan ini ramai pemimpin - pemimpin PAS yang sanggup membelakangkan perjuangan parti untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

Jadi, tak mustahil sekiranya calon yang mereka gembar gemburkan sebelum ini juga mempunyai agenda tersendiri. Dalam keadaan Politik hari ini, kesetiaan seseorang tu juga turut dipersoalkan.

Nak pulak bila kita dengar cerita kata calon yang dinamakan tu pernah buat latihan praktikal di syarikat mendiang Karpal Singh, Bekas Pengerusi DAPigs Kebangsaan yang lantang menetang PAS.

Rasanya semua orang tau bahawa Karpal Singh adalah merupakan diantara individu paling lantang menentang perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS selama hari ini.

Bahkan, legasi yang ditinggalkan oleh Bekas Pengerusi DAPigs tu masih lagi meneruskan perjuangannya, menentang dan membantah cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

Jadi, tak heran la jika calon yang digembar - gemburkan oleh PAS sebelum ini juga turut terpengaruh dengan agenda yang diperjuangkan oleh DAPigs memandangkan dia juga seorang peguam.

Maka, mula la ada dikalangan rakyat yang mempersoalkan, kenapa tidak Si Tuan Ibrahim Tuan Man tu sendiri yang turun bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini?

Sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri dan turut menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS Pusat, sudah pasti Tuan Ibrahim tidak lekang dari segi sokongan diperingkat akar umbi.

Secara logiknya, memang Tuan Ibrahim la calon yang paling layak untuk bertanding memandangkan dia mempunyai kelebihan yang tersendiri. Lain la kalau PAS sendiri pun anggap Tuan Ibrahim tu tak layak nak jadi calon sebab banyak sangat masalah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping