Jumaat, April 10, 2015

Hah! Itulah bahananya bila suka buat perjanjian dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Lebih kurang dia buat 'deal' dengan Setan jugak la sebenarnya. Tak memberikan faedah.

Penyudahnya, diri sendiri juga yang menjadi mangsa dan dipergunakan sepenuhnya demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka. Nak pulak bagi orang macam Si Mahfuz Bean ni.

Dek kerana terlalu teruja sangat nak jadi Hero dalam kes yang berkaitan dengan Sirul tu membuatkan Si Mahfuz Bean tu sanggup memperalatkan orang lain tanpa memikirkan tentang diri orang tu sendiri.

Tapi semuanya dibuat adalah demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Mahfuz Bean tu semata - mata. Hakikatnya, dia bukan peduli pun dengan nasib Si Sirul tu. Yang penting, dia dapat 'kredit' dalam Politik. Itu je yang Si Mahfuz Bean tu utamakan!!!
PETALING JAYA: Agenda pembangkang untuk membantu Sirul Azhar Umar yang ditahan di Australia bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa Malaysia menyiasat semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kini memasuki episod baharu apabila ia tidak mendapat 'restu' bekas anggota komando itu.

Malahan, ketidakpuasan hati terhadap perkembangan terkini di Malaysia yang mengaitkan dirinya serta keluarga mendorong Sirul menghubungi dua peguamnya, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican.

Panggilan telefon bagi menyatakan kekecewaannya itu dibuat sebaik sahaja mendapat tahu mengenai pertemuan di antara ibunya, Piah Samad dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu yang dirancang oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Hasnal yang dihubungi mStar Online petang Khamis mengesahkan bahawa sejak pertemuan ibu dan Dr Mahathir itu, dua kali Sirul menghubunginya, masing-masing pada malam Rabu dan petang Khamis bagi menyatakan kekesalan kerana tidak dimaklumkan tentang pertemuan tersebut.

Katanya, apa yang membuatkan anak guamnya lebih tertekan apabila dua peguam yang mewakilinya di Australia memberitahunya bahawa tindakan Mahfuz itu mungkin akan menjejaskan peluangnya yang kini mengemukakan permohonan menerusi perundangan di Australia untuk terus berada di negara itu.

"Dia tidak tahu-menahu pertemuan ibu dan bapa saudaranya dengan Tun M. Dia melahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Datuk Mahfuz.

"Kini setelah tahu (pertemuan ibu dan Dr Mahathir), dia tidak setuju terutama selepas mendapat nasihat dua peguamnya di Australia yang menyatakan sebarang rujukan kepada kenyataan oleh Sirul atau sesiapa sahaja, boleh menjejaskan proses perundangannya di negara itu," kata yang menggambarkan nada suara Sirul yang kecewa sepanjang perbualan dengannya.

Ditanya mengenai status dan pendirian Sirul dalam kes ini, Hasnal berkata, menerusi perbualan telefon itu, anak guamnya mengulangi pendiriannya yang tidak mahu pulang ke Malaysia.

Jelasnya, Sirul kini ingin terus berusaha melalui proses undang-undang di Australia untuk membolehkannya kekal di negara itu.

"Dia tidak mahu pulang ke Malaysia kerana sudah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan mahu kekal di Australia melalui proses undang-undang.


"Untuk tujuan itu dia diwakili dua peguam Australia, sementara saya dan Datuk Kamarul Hisham masih lagi peguam Sirul di Malaysia, tetapi di Malaysia sudah tidak ada apa-apa (kes), jika ada pun kajian semula keputusan atau 'review' oleh Mahkamah Persekutuan," katanya sambil menambah Sirul kini berada dalam keadaan sihat dan selamat sebagai tahanan Imigresen di Australia.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. OK sekarang apa pula kata TM,bukankah dia juga adalah salah seorang ahli politik yg memperalatkan keluarga Sirul utk kepentingan politik menghentam PM Najib?. Bagi mereka yg matang,dan berfikiran rasional isu ini sebenarnya sangat merendahkan kredibiliti TM sendiri, kesanggupan beliau turun ketaraf pemikiran Mahfuz dan bloger pembangkang cukup memalukan.Inikah muka yg sayang kan Umno?.Pooraahhh.

    BalasPadam
  2. Pemikiran tm tidak setajam dahulu dan senang dibaca contohnya tm menyerang dan setelah gst dilaksanakan..dari kemarahan rakyat Tun cuba mengambil kredit untuk melonjakkan kembali kepupularitinya..tapi percayalah isu gst ini akan reda dgn sendirinya pabila rakyat telah terbiasa apatah lagi seperti yg kerajaan janjikan lebihan akan dikembalikan kepada rakyat.

    BalasPadam
  3. TM dah buang tabiat... Biarlah dia..

    BalasPadam
  4. Rasanya ini fasal niat Mahfuz yang busuk bukannya TM. TM hanya alat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping