Kalau kita tengok dari satu sudut, memang ada nampak gayanya Si Din Pudu ni nak mempergunakan hujah dari Tun Mahathir untuk menyerang pihak Kerajaan Barisan Nasional.
Antara lain Si Din Pudu tu mempergunakan isu perlaksanaan GST yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dan juga isu berkaitan dengan 1MDB yang didakwa menjadi bebanan kepada rakyat.
Tapi Si Din Pudu ni bertindak biadap terhadap Tun Mahathir dengan menggelarkan Negarawan Ulung itu sebagai seorang 'Pujangga Tua' yang kerap kali mengkritik Datuk Seri Najib.
Malah Si Din Pudu tu juga mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si 'Pujangga Tua' tu juga boleh dianggap sebagai satu tindakan yang memalukan orang UMNO kerana yang bersuara bukannya dikalangan pembangkang.
Tapi, jika dilihat dari satu sudut pulak, Si Din Pudu tu hanya sekadar menyerlahkan lagi sifat RETORIK dan Perangai Buruk yang dimiliki oleh pemimpin - pemimpin PAS tu selama hari ini.
Dalam erti kata lainnya, Si Din Pudu tu menampilkan wataknya sebagai seorang pemimpin yang MUNAFIK bila hanya sekadar ambik sebahagian sahaja dari apa yang diluahkan oleh Tun Mahathir tu sebelum ini.
Kalau dia boleh kata Tun Mahathir tu sebagai seorang pejuang yang memperjuangkan Kebenaran, bagaimana pulak pendirian dia terhadap kenyataan Tun mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud?
Kenapa pulak Si Din Pudu tu tak ulas lansung mengenai pandangan Tun Mahathir terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud PAS yang dianggap bertentangan dengan Hukum Islam tu sebelum ini?
Bahkan, dakwaan Tun terhadap Si Ketua Penipu tu yang dikatakan sebagai seorang Peliwat juga tidak pula diterima oleh Si Din Pudu tu sendiri. Sebaliknya, dia hanya ambik sebahagian dari kenyataan Tun sahaja.
Jika Si Din Pudu tu nak seluruh rakyat Malaysia ni percaya kepada apa yang diperkatakan oleh Tun, maka dia perlu ambik semua sekali kenyataan yang telah diluahkan oleh Tun sebelum ini. Jangan la main ambik separuh - separuh demi kepentingan Politik semata - mata!!!
Setakat Din pudu ini , apa saja yang datang dari mulut orang fasik dan munafik ini rasa tak ada yang boleh memberi kesan , kerana mereka ini hanya hidup dengan melacurkan agama untuk survival politik mereka , kalau parti bulan bintang tak memperbodohkan orang melayu dengan guna nama islam , parti dah lama berkubur.
BalasPadamOrang Melayu kena faham mana retorik mana sebenar. Jangan sering tertipu dengan luaran dan penampilan serta manis janjinya sahaja. Fahami apa yang dilakukan dan disekelilingnya. Barulah buat penilaian dan pemilihan.
BalasPadam