Hah! Kan orang dah cakap. Si Khalid Samad tu memang Haram jejak kaki ke Rompin ni. Bukan sahaja calon PAS tu yang tak boleh terima dia. Tapi, bumi Rompin pun tak nak dengar dia bercakap.
Tapi macam biasa la. Orang macam Si Khalid Samad tu bukannya nak dengar cakap orang. Kita dah bagi amaran pun dia tak nak dengar. Penyudahnya, habis hancur ceramah PAS di Rompin dibuatnya.
Jika semalam kita dah maklumkan mengenai perbalahan dan pertikaian yang dibangkitkan oleh calon PAS di Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni terhadap tindakan Si Khalid Samad tu.
Calon PAS tu menganggap serangan - serangan yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu terhadap Hadi Awang dan juga perjuangan PAS adalah sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan.
Bahkan, calon PAS dalam PRK Parlimen Rompin ni jugak turut mendesak agar Si Khalid Samad tu dirujuk kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin serta dikenakan tegas kerana membelakangkan parti.
Tapi, macam biasa la. Desakan yang dilakukan oleh Calon PAS tu lansung tidak diendahkan oleh kepimpinan PAS Pusat. Suara yang diluahkan oleh Calon PAS tu hanya sekadar di-Tong-Sampah-kan sahaja.
Jadi, bagaimana mungkin rakyat boleh menaruh harapan dan kepercayaan terhadap calon PAS tu bagi mewakili kita kelak jika apa yang dia suarakan sebelum ini didalam parti dia pun tidak dipedulikan?
Bagaimana mungkin rakyat dapat memberi sepenuh kepercayaan terhadap calon PAS tu untuk membawa suara mereka kelak sedangkan suara dia didalam PAS sendiri pun dipinggirkan begitu sahaja?
Berbalik kepada apa yang berlaku malam tadi. Dek kerana Si Khalid Samad tu degil jugak nak turun ke Rompin dan menjaja dakyah songsang dia, tak pasal - pasal je bumi Rompin dituruni hujan lebat.
Bukan setakat itu sahaja. Kehadiran Si Khalid Samad tu juga turut disambut dengan guruh yang sangat kuat sehingga mengakibatkan beberapa buah kereta 'terkejut' dan 'terperanjat' beruk.
Itulah penangan Si Khalid Samad tu. Sekali dia bukak mulut, habis satu Rompin ni diselubungi dengan bau longkang. Tak pasal - pasal orang PAS Rompin sendiri habis kebasahan dibuatnya!!! Lintang pukang diorang lari menyelamatkan diri malam tadi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.