Rabu, Mei 06, 2015

Syukur Alhamdulillah. Walaupun PAS tidak berjaya merampas kerusi Parlimen Rompin dalam Pilihan Raya Kecil kali ini, setidak - tidaknya mereka perlu berbangga juga dengan keputusannya.

Paling tidak, PAS perlu rasa bersyukur kerana doa dari Calon mereka sendiri telah pun dimakbulkan. Kemenangan hari ini juga merupakan kemenangan kepada Islam dan juga pejuang - pejuangnya.

Tak perlu la puak - puak PAS tu nak buat kesimpulan yang bukan - bukan dan meroyan tak tentu arah. Sepatutnya mereka perlu terima kekalahan dan kegagalan dengan hati yang terbuka.

Dato' Haji Hasan Arifin,
Ahli Parlimen Rompin
Lagi pun, sebelum ini Si Tuan berahim tu sendiri pun dah kata. PAS bertanding bukannya nak mencari kemenangan. Mereka bertanding sekadar nak 'seronok - seronok' menabur fitnah terhadap Kerajaan.

Jadi, dah habis 14 hari PAS memburu "saham" mereka dengan membuat dakwaan serta tuduhan tanpa merujuk kepada bukti serta fakta yang sebenar. Maka, mereka perlu rasa puas hati.

Macam - macam benda yang diorang dah hidangkan kepada rakyat. Namun rakyat tetap juga memberikan kepercayaan mereka kepada Barisan Nasional yang terbukti mampu menjaga Kebajikan.

Walaupun PAS boleh membanggakan diri kerana berjaya mengurangkan separuh dari majoriti Barisan Nasional, namun ianya tidak memberikan sebarang kesan signifikan secara menyeluruh.

Salah satu sebab kerana PAS tidak dapat menambah jumlah undi asal mereka sebelum ini. Mereka tetap kekal dengan jumlah 14, 901. Cuma berkurangan sebanyak 25 undi dari sewaktu PRU yang lepas.

Jadi kesimpulannya, PAS tak perlu la nak berkokok dan menyalak tak tentu arah sedangkan diorang sendiri pun tak mampu nak menambah jumlah undi kepada pihak mereka sendiri. Itu membuktikan rakyat tak sokong diorang!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Bad signal UNTUK UMNO.
    MAJORITY BERKURANGAN BANYAK.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN stronghold. Ramai yg tak keluar mengundi. Over confident but still the winner takes all.

      Congrats BN.

      Lets see how PKR fares against BN in Permatang Pauh? Should be interesting.

      Padam
    2. DOA PAS MACAM LAWANNYA BUKAN ISLAM. MAKA ALLAH TUNJUKKAN SIAPA YANG ISLAM

      Padam
  2. Pas mungkin tak boleh berbangga,tapi ada sesuatu yg tak kena di kalangan Umno sendiri,kerana kejatuhan mejoriti terlalu besar. Ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ianya di kawasan yg berjiran dgn Parlimen PM dan negeri PM pula.

    1.Pengundi Rompin sudah terlalu di biasakan dgn wang ringgit oleh orang terdahulu,ketiadaan beliau meninggalkan beban yg besar kepada penggantinya yg kurang berkemapuan.Keadaan begini sudah di alami oleh satu lagi Parlimen di Pahang iaitu Temerloh,yg berakhir dgn kejatuhannya ketangan pembangkang.

    2.Ada kesan dari perlaksanaan GST.Ini bererti isu GST tidak ditangani dgn baik oleh mereka yg bertanggung jawab.Rakyat tidak mendapat penjelasan dgn baik dan perlakasaannya kurang teratur.Kalau perkara baik seperti GST ini pun tidak mampu di urus dgn baik oleh pihak yg bertanggung jawab,elok sangat PM menilai semula kedudukan pihak berkaitan,kalau ada individu yg perlu di ganti,gantilah dgn segera.

    3.Keadaan ini memberi imeg yg agak buruk pada PM Najib,walaupun saya optimis kejatuhan besar mejoriti ini bukanlah merupakan kesan buruk dari tindakan Mahathir yg mahu menjatuhkan Najib,kerana rakyat Pahang bukanlah 'peminat' tegar Mahahtir,kecuali orang yg keciwa ( yg keciwa ni biasanya hanya segelintir bekas pemimpin yg sudah di ketepikan).Tapi bagi mereka yg tidak memahami sentimen rakyat Pahang ,mereka menyangka sebaliknya.

    Bagi pihak Pas satu perkara yg mereka berjaya buktikan ,ialah pengundi mereka sangat committed,tidak mudah beralih arah,dan tidak mudah keciwa.Mereka juga boleh membuktikan kepada DAP dan PKR,bahawa Pas tidak terkesan apa-apa jika berpisah dari Pakatan.Keadaan ini mungkin menjadikan PKR terutama berfikir semula dan menjilat kembali sumpah seranah mereka terhadap Pas.Lihat lah juga nanti keputusan PRK Permatang Pauh utk mendapat jawapan siapkan yg lebih terkesan antara PKR dan Pas akibat kemelut antara mereka.



    BalasPadam
    Balasan
    1. If they chose the opposition just because TSJJ isn't around anymore, than they must be prepared to not receive any more monetary assistance because everyone knows the opposition cannot deliver.

      Padam
  3. Antara tanda tanda dari yang maha esa perjuangan pas dah tersasar dari paksi islam sebenar.

    BalasPadam
  4. Menang tetap menang walaupun dengan kelebihan 1 undi. Sekarang pemimpin baru patut atur stretegy untuk membela rakyat kawasan Rmpin. Jangan sia2 kan skongan dan kepercayaan rakyat. Tahniah UMNO/BN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping