Rabu, Mei 06, 2015

YB Dato' Haji Hasan Bin Haji Arifin,
Ahli Parlimen Rompin yang baru!!!
Secebis analisa secara kasar mengenai kekalahan PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini. PAS tak perlu nak rasa bangga bila diorang berjaya kurangkan majoriti BN.

Ini disebabkan PAS tidak berjaya menambah undi mereka sendiri. Sebaliknya, undi PAS bagi kawasan Parlimen Rompin ini menyusut sebanyak 25 undi sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam erti kata lainnya, PAS dilihat TIDAK BERJAYA untuk meyakinkan rakyat agar mengundi dan menyokong mereka secara keseluruhannya. Mereka TIDAK BERJAYA menambah jumlah undi.

Jika sebelum ini, ada pihak yang membuat dakwaan kononnya PAS berjaya dalam beberapa aspek terutamanya dalam membawa isu berkaitan dengan Felda dan juga isu perlaksanaan cukai GST.

Mereka kata, PAS berjaya menguasai isu yang dibangkitkan, menganjurkan program - program ceramah berimpak tinggi dan mempunyai jentera yang tersusun sehingga berjaya membuat kejutan.

Walaubagaimana pun, angka undian yang dipamerkan semalam tetap tidak berubah. Jumlah undi PAS tidak berganjak jika hendak dibandingkan dengan undian sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam PRU ke 13, PAS berjaya mendapat sebanyak 14, 926. Manakala dalam Pilihan Raya Kecil kali ini PAS hanya berjaya mengutip sebanyak 14, 901 undi sahaja. Jumlahnya tetap sama.

Jumlah itu membuktikan bahawa jentera - jentera Pilihan Raya PAS yang disebutkan sebelum ini TIDAK BERJAYA untuk menambah jumlah undian kepada pihak mereka sendiri.

Dengan kata mudahnya, PAS TIDAK BERJAYA menghasut rakyat dikawasan Rompin ini agar menerima mereka sebagai sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan soal kebajikan rakyat.
Berbeza dengan pihak Barisan Nasional. Penyusutan jumlah Majoriti kali ini disebabkan beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian khusus. Termasuk isu berkaitan dengan perlaksanaan GST.

Kita akui bahawa isu berhubung perlaksanaan cukai GST tu memberikan kesan. Namun, isu GST tu baru sebulan dilaksana oleh pihak Kerajaan sedangkan impak cukai tersebut hanya dapat dilihat dalam tempoh 6 bulan.

Selain itu, pihak Kerajaan juga perlu segera menangani isu berkaitan dengan Kad Tambah Nilai Prabayar dengan pihak Telco dimana ianya turut menjadi isu utama yang dibangkitkan sebelum ini.

Sewajarnya, pihak Kerajaan perlu perlu mengambil pendirian yang lebih TEGAS dan memberikan sepenuh keutamaan mereka kepada rakyat. Bukannya kepada syarikat - syarikat Telco tu sendiri. 

Kesimpulannya, PAS tak perlu nak berbangga diri kerana secara keseluruhannya mereka tetap GAGAL membuat rakyat berpihak kepada mereka sehingga mereka sendiri MALU untuk menjadikan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu sebagai bahan kempen utama!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. jgn tlalu bbangga semuthitam..

    jgn tlalu memuji.. kerana aku rasa yg patut malu adlh umno@bn bkn pas..

    kerana pas bjaya mndpat 14901 bbanding 14926 pd pru13 lalu.. mknanya mereka hny kehilangan 25 undi sahaja..

    namun, umno@bn mndpat 23796 bbanding 30040 pd pru13 lalu.. jelas disini bhwa umno@bn kehilangan 6244 undi!

    wlaupun jumlah keluar mengundi pd prk rompin ini tdk sama dgn jumlah keluar mengundi pd pru13 lalu.. maka, itu lagi bahaya.. kerana kita tdk tahu yg tdk keluar mengundi itu adakah mereka masih lg penyokong dan pengundi umno@bn, atau adkah mereka mmg bkn penyokong dan pengundi umno@bn dan mmg x akan undi bn..

    yg kita tahu dan jelas skrg ini adalah.. UNDI KEPADA UMNO@BN DI PRK ROMPIN ADALAH MEROSOT BBANDING APA YG KITA PEROLEHI SEWAKTU PRU13 LALU.. PAS DIKIRA MASIH MENGEKALKAN PRESTASI..

    kita perlu sedar dan insafi apa yg tlh blaku.. jgn tlalu leka dan tlalu memuji.. kerana data tdk menipu.. kenyataan cukup nyata.. undi kpd umno@bn jelas merosot di prk rompin..

    fikirkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada apa yang nak dimalukan sebab orang Melayu dah mula belajar dari pengalaman yg sudah. Mereka dah mula sedar tiada siapa yang sempurna sebenarnya. Dari sudut politik kemenangan pernah diberikan kepada pembangkang utk menguasai beberapa negeri tetapi nampaknya "serangkus-rangkus" UMNO, pembangkang melalui DAP dan PKR lebih buas lagi rupa-rupanya.

      Kemenangan mereka telah menjana manusia-manusia yang sangat kurang ajar yang berani mempertikaikan Raja-Raja Melayu dan ugama Islam sendiri. Ketika itu kita lihat PAS tak lebih sebagai keldai pengangkut sampah sahaja di sisi DAP & PKR. Tak keterlaluan jika kita lihat PAS bertindak sebagai penyerap hentakan sahaja utk PR. Hilang taring jadi dayus pulak parti itu kita lihat. Tambahan pulak pemimpin mereka bercakaran sesama sendiri utk dapat kuasa. Zuhud apa kalau macam itu?

      Matlamat PAS utk mewakili ISLAM habis jadi kelabu asap sudahnya. Ini terbukti apabila MAT SABU sendiri tak kisah pun ttg hudud apabila mengarahkan ahli PAS Permatang Pauh utk memberi undi kpd PKR yg menyokong supaya kalimah ALLAH disyirikkan olih pihak gereja katolik sekali gus hudud memang tak penting bagi Mat Sabu? Matlamat parti ini sesuai pula dgn kehendak DAP yg memang menjadi penaung kepada kehendak gereja.

      Apa nak jadi kepada perjuangan PAS yg sebenarnya ini? Kami sebagai sebahagian rakyat negara ini dan berbangsa Melayu Islam lihat PAS telah tersasar jauh dari matlamat politik Islam mereka sebab telah sibuk utk melayani dendam politik pemimpin mereka terhadap UMNO yg juga seagama dgn mereka sendiri. Selama ini mereka tak perasan racun yg berbentuk (dendam politik) itu telah di anggap sebagai perjuangan tetap yang "murni". Mereka lupa agenda politik mereka itu memang bercanggah dgn fitrah semulajadi saudara sesama Muslim. Agenda politik mereka telah mengakibatkan terputus silaturahim sesama kita terutama sekali diperingkat akar umbi.

      Allah berfirman: Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka" (Surah Muhammad :22-23)

      Rasulullah shallallah 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidak akan masuk surga orang yang memutuskan (silaturahmi)" (HR Bukhari dan Muslim)

      Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga ada bersabda : "Rahmat tidak akan turun kepada kaum yang padanya terdapat orang yang memutuskan tali silaturahmi (HR Muslim)

      Pemimpin DAP memang suka dgn keadaan orang Melayu bermusuh sesame sendiri supaya mudah mereka berkuasa apabila orang Melayu terpaksa menagih undi dari orang bukan Islam. Mereka bukan heran sangat dgn hudud sebenarnya, yg mereka gerunkan adalah penyatuan umat Melayu Islam. Keadaan ini bolih mengakibatkan orang macam Kit Siang dan Guan Eng boleh kena heart attack.

      Padam
  2. siapa sebenarnya yg harus MALU admin?
    Pas atau Ubn?
    Janganler kau cuba nak tiru kerja bongok bloger2 pengampu lain, atau kau memang nak jadi pengampu.
    Tiada istilah malu atau apa bagai. Pas bertanding ki kwsn pembangkang tak pernah menang, tapi Ubn mempertahankan wilayah dengan keputusan undi merosot!
    Itu yang seharusnya admin kena buat subjek utama. Pas nak malu apa, dan Ubn nak malu apa? tak seharusnya sebaliknya bila dah selesai mengundi ni, terimalah hakikat, jalankan kerja masing2. Ingat, cina sedang memerhati, ingat PRU14 apa kemungkinan. That alls.

    BalasPadam
  3. Setuju post semut Hitam dlm masa 1 tahun isu gst akan tenggelam undi UMNO boleh naik balik ini sementara sahaja kerana GST masih panas

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping