Selasa, Mei 05, 2015

Kita larikan tumpuan buat seketika sambil menantikan update - update terkini mengenai Hari Pembuangan Undi bagi Pilihan Raya Kecil dikawasan Parlimen Rompin yang berlansung hari ini.

Meh kita cerita sikit mengenai keadaan yang sedang berlaku di Permatang Pauh apabila isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud masih lagi menjadi sentimen yang kuat dikalangan Pakatan.

Jika sebelum ini, PAS Pulau Pinang membuat desakan terhadap PKR yang didakwa tidak menyokong perlaksanaan Hukum Hudud agar meminta maaf kepada mereka jika mahu mendapatkan sokongan.

Walaupun desakan tersebut telah ditarik balik oleh kepimpinan PAS dikawasan Permatang Pauh dan kenyataan media juga turut dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, ianya tidak mengubahkan keadaan.

Isu sentimen dikalangan ahli - ahli PAS dikawasan Permatang Pauh masih kuat menolak pencalonan PKR kerana parti itu tetap bertegas untuk menolak cadangan yang dikemukakan sebelum ini.

Malah, Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah juga turut menegaskan bahawa dia juga akan terus menolak cadangan yang dibuat oleh PAS sekiranya dia dipilih kelak.

Maka, sudah pasti sentimen mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud itu menjadi diantara isu yang dibangkitkan dan menjadi perbualan hangat dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri.

Mengakui mengenai perkara tersebut, Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR tampil dengan membuat kenyataan secara terbuka mengkritik isu perlaksanaan Hukum Hudud tu secara terang - terangan.

Kata Si Nurul Izzah, isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud itu menjadi kebimbangan dan merupakan halangan yang cukup besar kepada PKR dalam kempen mereka di Permatang Pauh.
"Ini bukan suasana yang mudah buat Pakatan Rakyat…kita terima. Terutamanya sejak jawatankuasa mengenai hudud diwujudkan sejak lebih setahun lalu, banyak perancangan bagi memecah-belahkan (Pakatan Rakyat) dibuat sejak awal," katanya
Dari kenyataan itu, maka jelas terbukti bahawa Si Nurul Izzah ni hanya sekadar membuat kesimpulannya sendiri terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS.

Jika dilihat dari kaca mata Si Nurul Izzah, cadangan isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud yang dibuat oleh PAS Kelantan itu merupakan diantara perkara yang sengaja dirancang untuk memecah-belahkan Pakatan.

Dalam erti kata mudahnya, Si Nurul Izzah tu menuduh PAS sengaja mahu merosakkan hubungan dikalanga puak - puak Pakatan Haramjadah tu melalui isu perlaksanaan Hukum Hudud tu.

Walhal, dasar perjuangan berhubung isu perlaksanaan Hukum Hudud tu sudah menjadi tunjang utama PAS selama hari ini. Kenapa pulak Si Nurul Izzah tu nak tuduh PAS sengaja bangkitkannya sekarang?

Jelas, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu sebelum ini membuktikan bahawa pimpinan PKR sendiri tidak menghormati dasar yang diperjuangkan oleh PAS selama hari ini. Jadi, untuk apa lagi PAS nak bagi sokongan kepada PKR!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Tak paham la apa prinsip perjuangan PKR ni, PAS jelas, UMNO jelas...ini kali kita tukar tengok kat permatang pauh.nanti .depa dok eksyen lagi tak..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping