Ahad, Mei 03, 2015

Alahai! Mintak maaf sesangat la kalau sebelum ini kita keluarkan artikel yang mendesak agar rakyat di Parlimen Rompin ni tidak memilih PAS sebagai sebuah parti perjuangan mereka.

Rupanya kita dah tersalah tafsir selama hari ini. Kita tak tau pun yang PAS tu benar - benar memperjuangkan Kebajikan Rakyat. Kita tak tau pun yang PAS tu benar - benar dengar suara rakyat.

Jika selama hari ini, pemimpin PAS seperti Si Din Pudu ni kerap kali mendesak agar pihak Kerajaan mendengar suara dari kalangan rakyat diperingkat akar umbi demi untuk menjaga kebajikan mereka.

Orang macam Si Din Pudu ni desak agar pihak Kerajaan tidak meminggirkan bantahan dan luahan hati dikalangan rakyat yang tidak puas hati dengan tindakan yang telah dilakukannya.

Kiranya, seruan Si Din Pudu tu bersesuaian dengan perjuangan PAS selama hari ini. Seruan Si Din Pudu tu adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh kepimpinan PAS diperingkat Pusat.

Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Din Pudu ni tidak sewajarnya dianggap sebagai satu tindakan yang meminggirkan bantahan dari kalangan ahli - ahli PAS sendiri. Kenyataan ini telah disalah tafsir.

Sebaliknya, PAS seringkali mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh rakyat. PAS seringkali memberikan perhatian sepenuhnya terhadap rasa tidak puas hati yang diluahkan oleh mereka.

Tidak pernah walaupun sekali PAS meminggirkan suara dikalangan rakyat, terutama sekali dikalangan ahli - ahli partinya sendiri. Termasuk la luahan yang pernah disuarakan oleh Calon PAS Rompin sebelum ini.

Korang jangan tak tau. Sebab Calon PAS tu pernah desak agar Si Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin, sekarang ni Ahli Parlimen Shah Alam tu bukan lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tau.

Sebaliknya, Si Khalid Samad tu dah digantung dari jawatan dia akibat kerana dia mengkritik kepimpinan Hadi Awang secara terbuka sebelum ini. Itu keadilan yang diperjuangkan oleh PAS.

Jadi kali ini, Si Din Pudu tu bukan la cuba nak jadi MUNAFIK dengan memberikan alasan kenapa rakyat perlu memilih PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini kerana PAS merupakan sebuah parti yang bertanggungjawab mendengar suara ahli partinya sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping