Sabtu, Mei 23, 2015

Kalau sebelum ini kita dah baca mengenai pendirian Si Ketua Pemuda PAS Pusat yang melahirkan rasa bimbang terhadap cabaran bagi menghadapi pemilihan jawatan itu bulan depan.

Jelas, dari kenyataan yang dibuat, Si Suhaizan tu dah mula keluarkan spekulasi dia sendiri sebagai persiapan sekiranya dia GAGAL untuk mempertahankan jawatan yang disandang.

Sudah pasti, jika perkara itu berlaku, Si Suhaizan tu akan kata bahawa pemilihan tersebut dibuat secara tidak rasional dan dibuat tanpa merujuk kepada merit serta sumbangan yang diberikan.


Namun, apa yang jelas, tindakan Si Suhaizan tu sejak kebelakangan ini sendiri pun GAGAL untuk mempamerkan ciri - ciri kemampuan dia bagi memimpin sayap PAS itu secara rasional.

Hakikat itu jelas. Jika tidak, kenapa pulak dia dicabar oleh anak kepada Bekas Menteri Besar Kelantan ni? Bahkan, alasan Nik Abduh pun lebih kurang sama je menyindir Si Ketua Pemuda PAS tu.

Kata Si Nik Abduh, dia bertanding pun bukan sekadar menyahut seruan serta sokongan dari kalangan sahabat - sahabatnya. Tapi dia juga turut ingin membawa perubahan kepada sayap Pemuda tu sendiri.

Jelas Nik Abduh, dia melihat sayap Pemuda PAS itu semakin hari semakin lemah. Maka sebab itu dia terpanggil untuk menyahut seruan rakan - rakannya dan mencabar Si Suhaizan tu.
"Semua orang tahu bahawa Pas, PR dan politik Malaysia hari ini dalam keadaan tidak seimbang, maknanya politik negara pun susah, rakyat keliru nak pilih Umno atau PR, Umno sendiri pun ada krisis. 

"Kami dalam PR pun ada bermasalah, dalam Pas pun ada masalah, itu satu iklim yang memerlukan satu kekuatan...(sebab itu) sahabat diminta untuk kembali, setakat ini saya terima (pencalonan)," katanya kepada Sinar Online selepas forum Murabbi Ummah bertajuk "Untold Story".
Nah! Dengan kenyataan itu sahaja sudah membuktikan bahawa kepimpinan PAS tu pada ketika ini memang berada dalam keadaan yang huru hara. Jadi, bagaimana mungkin parti itu boleh diterima sebagai sebuah parti yang mampu untuk memperjuangkan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ketua pemuda Pas hari ini bagitu lemah cakap berbelit2 dulu selepas memenangi jawatan ketua pemuda dia akan meluaskan TASKI keluar Negara apa pun taarak cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping