Selasa, Mei 05, 2015

Jentera Parti Angguk Saja datang buat kecoh...
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini tamat, selepas 32 pusat pengundian ditutup pada 5 petang sejak dibuka 8 pagi tadi. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang.

Tiga daripadanya di Pulau Tioman yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Juara dengan 171 pengundi berdaftar, Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi) serta Sekolah Kebangsaan Denai di Kuala Rompin yang mempunyai 170 pengundi berdaftar.
Provokasi jentera Parti Angguk Saja ditahan oleh petugas BN...
Sebuah lagi pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek (651 pengundi) ditutup pada 3 petang, dan pusat mengundi Dewan Stesen Mardi, Muadzam Shah untuk kawasan Bukit Ridan dekat sini yang mempunyai 312 pengundi, ditutup pada 4 petang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata kedudukan pusat pengundian yang jauh dan kawasan Parlimen Rompin yang besar iaitu sebesar Negeri Sembilan dan Melaka, menyebabkan keputusan PRK itu dijangka diumumkan seawal 11 malam ini.
Anggota Keselamatan mula berkumpul di PDM Sungai Puteri...
Sementara itu, hujan lebat berlaku di beberapa kawasan Parlimen Rompin petang ini setelah cuaca cerah sepanjang pagi tadi. Cuaca baik pada sebelah pagi itu membolehkan proses pengundian berjalan lancar hari ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping