Rabu, Mei 06, 2015

Kita tinggalkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin yang pada ketika ini sudah mempunyai keputusannya. Apa yang jelas, Barisan Nasional tetap juga menang walaupun dengan satu undi. Itu yang pasti.

Sama ada PAS nak terima atau pun tidak kekalahan dan kegagalan mereka di Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, itu diorang punya pasal. Yang penting, Barisan Nasional perlu ambik perhatian khusus.

Kini kita alih pula pandangan ke Permatang Pauh dimana kedudukan PKR pada ketika ini dilihat semakin bertambah parah sejak mereka dipinggirkan oleh puak - puak PAS Pulau Pinang.

Biarpun PAS Pulau Pinang sebelum ini membuat 'Pusingan U' yang cukup besar dalam sejarah perjuangan parti mereka, tetapi diperingkat akar umbi, PAS tetap tidak menyokong PKR.

Semuanya hanya kerana kepimpinan PKR Pusat secara terbuka membantah serta menolak bulat - bulat isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan sebelum ini.

Namun, kepimpinan PKR tu bukan la JAHIL sangat. Diorang sedar yang diorang tak mampu nak mengatasi isu perlaksanaan Hukum Hudud tu dan berhadapan dengan halangan PAS.

Perkara itu diakui sendiri oleh Si Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR sebelum ini. Dia sendiri mengaku bahawa isu perlaksanaan Hukum Hudud tu akan memberi cabaran besar kepada PKR.

Menyedari hakikat itu membuatkan puak - puak PKR tu mula menggunakan taktik Politik Longkang mereka untuk meraih simpati dari kalangan rakyat dengan mempergunakan anak cucu.

Seperti mana yang telah diramalkan oleh sahabat blogger, Cucu Tok Selampit, taktik Politik Longkang seperti ini memang sudah boleh kita agak sebab itu je modal Politik puak - puak PKR ni.

Kalau nak mengharapkan diorang berjuang atas paksi perjuangan Politik yang diwar - warkan sebelum ini, jangan harap la!!! Balik - balik, 'Air Mata Buaya' Si Wan Azizah tu jugak jadi bahan kempen!!! Itu membuktikan yang PKR ni parti Politi yang TAKDE pendirian!!!

PS: Setidak - tidaknya, PAS di Pulau Pinang nak jugak pertahankan Hudud. Malangnya PAS di Rompin, nak sebut HUDUD pun diorang Ketar Lutut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping