Isnin, Mei 04, 2015

Kalau anak muridnya pun suka menipu, inikan pulak Tok Gurunya sendiri. Kalau sebelum ini, Calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni KANTOI menipu rakyat secara terbuka.

Sebelum ini, Calon PAS di Rompin ni tampil dengan percubaan untuk menafikan kebenaran mengenai isu sokongan dari kalangan puak - puak DAPigs terhadap kempen PAS di PRK Rompin.


Kali ini giliran Si Tuan Berahim pulak kantoi cuba nak menipu rakyat dengan mengeluarkan kenyataan mengenai isu harga rumah Generasi Kedua Felda yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.

Si Tuan Berahim tu semalam telah membuat dakwaan liar terhadap pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri dengan menganggap ianya hanya sekadar Gula - Gula Pilihan Raya Kecil kali ini.
"Ia seolah-olah seperti kenyataan pegawai Felda Wilayah sahaja kerana hanya nampak masalah di Rompin, sedangkan isu ini dibangkitkan oleh seluruh warga G2 dan G3 Felda seluruh negara.


"Sebagai PM, PAS menyeru Najib agar bertindak sebagai PM bagi seluruh negara. Jangan hanya kerana nak selamatkan kedudukan dan undi di Rompin, lalu kita isytihar pelbagai habuan hanya bagi kawasan PRK (pilihan raya kecil) sahaja," katanya dalam satu kenyataan.
Hakikatnya, Tuan Berahim tu sendiri hanya sekadar pandai buat dakwaan tapi tidak mahu mencari Kebenaran mengenai isu yang dibangkitkan. Sebaliknya, dia hanya sekadar buat dakwaan yang bukan - bukan.

Itu membuktikan yang Si Tuan Berahim tu merupakan seorang pemimpin yang TIDAK amanah dan juga TIDAK bertanggungjawab dalam mencari Kebenaran mengenai sesuatu isu.

Dan dalam masa yang sama, Si Tuan Berahim tu juga tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin Islam kerana TIDAK menuruti kehendak syariat Islam dalam mencari Kebenaran.

Kebenarannya, harga rumah Felda yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini digunapakai diseluruh Negara, BUKAN hanya dikawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ini sahaja!
ROMPIN - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penurunan harga rumah generasi kedua Felda bukan sahaja untuk peneroka di Rompin tetapi melibatkan semua tanah rancangan Felda di seluruh negara.


Beliau berkata, penurunan tersebut akan dilaksanakan di semua tanah rancangan Felda secara berperingkat-peringkat.
Maka kesimpulannya, tak payah la Si Tuan Berahim tu nak tunjuk sangat sifat MUNAFIK sebagai seorang Ahli Politik yang beragama Islam. Jangan dia lupa! Islam tuntut umatnya mencari Kebenaran dalam apa sahaja isu yang dibangkitkan, bukannya buat dakwaan yang bukan - bukan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping