Isnin, Mei 04, 2015

Sehingga hari ini, hari terakhir kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, pengundi - pengundi dikalangan Orang Asli akhirnya tampil meluahkan kekecewaan mereka terhadap Calon PAS.

Dek kerana kesombongan dan keangkuhan puak - puak PAS tu yang hanya sekadar memberi keutamaan kepada penduduk dikawasan Felda membuatkan Orang Asli rasa diri mereka terpinggir.

Maka sebab itu mereka memberikan alasan kenapa mereka sentiasa memilih Barisan Nasional sebagai parti pilihan mereka setiap kali tibanya Pilihan Raya. Malah sokongan mereka tetap kekal dengan Barisan Nasional.

Jelas mereka, PAS selama hari ini tidak pernah sekali pun mengendahkan soal kebajikan Orang - Orang Asli, terutama dikala mereka ditimpa bencana seperti banjir yang melanda baru - baru ini.

Kata mereka, selama 4 dekad mereka tidak pernah berganjak dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional yang jelas memberikan perhatian terhadap kebajikan mereka dikawasan pendalaman.

Walaupun mereka mengakui, PAS dan PKR sebelum ini (sewaktu PRU 13) ada datang berkempen, namun bagi mereka, PAS tidak akan mampu untuk memajukan kehidupan Orang Asli.
"Kalau betul dia (PAS) ingin membela nasib (rakyat), sepatutnya dia tak pandangan dengan sebijik mata. Dia kena pandang dua mata.

Contohnya ditempat saya, selalu dilanda banjir setiap tahun. Sepatutnya dia (PAS) tak kira orang Barisan ke, orang apa ke, sepatutnya dia hulurkan bantuan sedikit demi sedikit. Tapi PAS tak buat semua tu," jelasnya.
Nah! Sekarang sudah jelas bahawa PAS bukan lah sebuah parti yang benar - benar mahu membela nasib rakyat secara keseluruhannya. Malah mereka meminggirkan orang - orang Asli ini secara terang - terangan.

Jadi, bagaimana mungkin rakyat mampu untuk memberikan kepercayaan kepada parti yang hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri? Kalau setakat bercakap je kat atas pentas tapi kerja satu hapah pun dia tak buat baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping