Isnin, Mei 04, 2015

PAS memang tidak dapat nak menafikan hakikat bahawa mereka kini berada dalam keadan yang terumbang ambing dan tidak menentu apabila kemelut ideologi menyerang parti tu sendiri.

Dek kerana perbezaan ideologi diantara puak - puak PAS tu sendiri menyebabkan PAS kini dilihat sebagai sebuah parti yang bukan sahaja RETORIK dalam perjuangan, malah dianggap sebagai MUNAFIK.

Dikala PAS Permatang Pauh dan Pulau Pinang membuat desakan demi desakan terhadap kepimpinan PKR agar menarik balik keputusan untuk menolak perlaksanaan Hukum Hudud, PAS di Rompin pulak lain ceritanya.

Mereka di Rompin ini kelihatan lebih Kecut Buah Kerandutnya untu menyebut soal perlaksanaan Hukum Hudud tu sendiri. Bahkan nak sebut perkataan HUDUD tu pun menjadi satu masalah.

Jika sebelum ini, ada dikalangan penyokong - penyokong PAS itu sendiri yang kecewa kerana sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini PAS sendiri tidak menyentuh soal bab perlaksanaan Hukum Hudud tu.

Mereka yang sebelum ini sangat - sangat berharap agar ada sesi penjelasan dan penerangan akan diberikan mengenai isu tersebut. Namun malangnya, isu Hudud tu lansung tidak disentuh.

Jadi, bagaimana mungkin rakyat disekitar kawasan Parlimen Rompin ini terutamanya dikalangan ahli - ahli PAS sendiri masih mahu memberikan kepercayaan kepada PAS untuk menjadi wakil mereka?

Sedangkan nak memperjuangkan dasar perjuangan mereka sendiri pun mereka masih GAGAL untuk melaksanakannya, macam mana diorang nak perjuangkan nasib rakyat dimasa akan datang? Dah tentu - tentu diorang akan buat - buat tak tau je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping