Rabu, Jun 24, 2015

Kokak ni bahasa orang Kampung. Lebih kurang sama maksud jugak la dengan Hampeh. Tapi bahasa yang digunakan tu lebih 'berhemah' untuk ditujukan kepada geng G18 tu.

Kalau sebelum ini, ada pihak yang membuat dakwaan kononnya geng G18 tu akan menyertai PASMA bagi menubuhkan sebuah parti baru untuk bergabung dengan DAPigs dan PKR.

Geng G18 tu dikatakan merupakan kumpulan mereka yang GAGAL mempertahankan jawatan mereka serta KALAH dalam pemilihan yang diadakan sewaktu Muktamar PAS tahun ini.

Salah seorang ahli geng G18 tu hari ini tampil membuat kenyataan dengan menyangkal dakwaan KONONnya mereka akan menyertai PASMA bagi menubuhkan sebuah parti baru kelak.
"Jangan salah faham, kami (G18) bukan sebahagian daripada rancangan PasMa. Apa yang saya faham ialah PasMa merupakan sebuah NGO yang mesra Pakatan Rakyat.


"Tapi kalau ada pemimpin mereka nak tubuhkan parti politik baharu, itu hak mereka. G18 tak ada kaitan dengan itu," kata Dzulkefly yang juga Setiausaha jawatankuasa bertindak G18 kepada mStar Online pada Rabu.
Kalau dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh wakil geng G18 tu seolah - olah memperlekehkan kewujudan PASMA dan kemampuan mereka untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Mungkin geng G18 tu anggap diri mereka lebih hebat dari Si Phahrolrazi tu kot. Mungkin diorang rasa diorang lebih layak untuk jadi pemimpin tertinggi jika nak dibandingkan dengan Phahrolrazi tu.

Jadi, mungkin atas sebab itulah diorang menolak sebarang kemungkinan dan dakwaan yang mengatakan bahawa geng G18 tu akan menyertai PASMA. Dalam erti kata lainnya, PASMA tu bukan la bagus sangat!!! Maka sebab itulah geng G18 tu pun tak nak jadi ahli!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. mcm setan hidup tipu daya menyesatkan.mcm yahudi beralasan sakan.munafik dgan sifat tercela dan fasik memanjang.aq berlindung darinya pada mu tuhan,jgn dibuta @dimatikan hati.

    BalasPadam
  2. Cukuplah bangsa ku, Org Melayu kini sudah semakin lemah, perpecahan org Melayu kerana berpuak puak dgn kepartian,bersatu padulah kamu semua supaya kita ni kuat, dgn kesatuan bangsa agama, bangsa dan negara kita sentiasa dirahmati Allah.Berhati2 lah dajal sudah masuk secara halus.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping