Rabu, Jun 24, 2015

Kesian! Ibarat macam dah jatuh ditimpa tangga. Jatuh pulak bukan setakat atas tanah, tapi dalam longkang. Itulah nasib malang yang terpaksa ditanggung oleh Si Husam ni di Kelantan.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.

Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik Timbalan Pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri adalah Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS II dan Dr Johari Mat sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III.

Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat Setiausaha Perhubungan yang baharu, apabila Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Ketika Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Si Husam tu merupakan orang kanan dalam parti dan kerajaan. Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu.

Bagi sesetengah pihak, Si Husam tu merupakan mangsa terbaru Rejim PAS yang baru dipilih selepas Muktamar yang lepas. Sudah la diperingkat Pusat pun kena cantas, diperingkat Negeri pun sama jugak.

Tapi semua ni boleh dianggap sebagai satu khifarah buat Si Husam tu. Dulu, masa dia ada kedudukan, dia pun lupa siapa yang ada dibawah. Sekarang, giliran dia pulak duduk dibawah. Harap - harap lepas ni jangan la dia asyik lupa diri pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping