Rabu, Jun 24, 2015

Hehehe!!! Tahniah la diucapkan buat Si Mahfuz Bean tu. Mungkin itulah saat yang dia tunggu - tunggu selama hari ini gamaknya. Lepas ni takde la dia nak meroyan tak tentu arah.

Walaupun Si Mahfuz Bean tu tak dapat jawatan lama dia sebagai Ketua Penerangan, setidak - tidaknya dia masih lagi dilantik untuk menjadi Pengerusi Hal Ehwal di Parlimen. Kiranya, besar jugak jawatan dia.

Bayangkan la. Semua Ahli Parlimen PAS yang ada sekarang berada dibawah dia. Tak ke besar jawatan yang dia pegang tu? Takkan itu pun Si Mahfuz Bean tu masih tak reti nak rasa bersyukur kot?

Persoalannya sekarang, adakah Si Mahfuz Bean tu terima perlantikan yang telah dibuat atau dia juga mempunyai pendirian yang sama dengan rakan - rakan dia yang lain menolak lantikan tersebut?

Dikala semua orang yang GAGAL mempertahankan jawatan dan KALAH dalam pemilihan yang lepas, Si Mahfuz Bean pulak yang dilihat TERUJA nak dilantik semula sebagai Ahli Jawatankuasa.

Mungkin Si Mahfuz Bean tu sedar kalau dia ikut jejak langkah rakan - rakan dia yang lain, sudah pasti dia akan dipinggirkan oleh mereka. Maklum la, dia kan setakat "LULUS SRP" je. Orang lain tu semuanya lulusan luar Negara belaka. Jadi, mana standard nak berkawan dengan dia!!!
SHAH ALAM – Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dilantik semula sebagai pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan ia merupakan salah satu daripada empat lajnah yang mengekalkan pengerusi pada penggal lepas.

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain Mahfuz, tiga lagi lajnah tidak menerima pengerusi baharu iaitu Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lajnah Dakwah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Lajnah Pendidikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah. 

“Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa Pas Pusat, hampir semua lajnah mendapat pengerusi yang baharu kecuali empat lajnah tersebut. 


“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar menjadi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Pas, hari ini. 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping