Jumaat, Jun 26, 2015

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan  penangguhan 18 bulan bagi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) di peringkat Bahagian dan Cawangan Umno, hari ini.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, penangguhan tersebut selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut.

"Penangguhan pemilihan di kedua-dua peringkat ini tidak lebih dari 18 bulan dari tarikh sepatutnya pemilihan tersebut dilakukan.

MT mahu supaya kerajaan diberi masa menangani segala permasalahan dan cabaran sekaligus membuktikan komitmen Umno dan kerajaan kepada urus tadbir yang tulus dan telus‎.

"Ia diharap terus menambahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas berlangsungnya Mesyuarat MT di sini, hari ini.

Menurut Najib, penangguhan pemilihan tersebut bertujuan memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan rakyat dari peringkat dasar mahupun peringkat akar umbi.

"Penangguhan ini juga bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan parti dan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.
Categories:

13 ulasan:

  1. Pastilah sudah sampai disini saja hayat BN sebagai pemerintah .

    BalasPadam
  2. InsyaALLAH.....Moga-moga Umno terus kukuh dan dapat menubuhkan kerajaan pada pru 14 nanti.....Aminnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..., Ssya juga berdoa demikian, mana ada.yg sempurna pemerentahan yg ada dlm dunia ini, walau oun ada kelemahan dari pentadbiran K'rajaan maseh lagi boleh dibetulkan, kita org Melayu wajib memberi sokongan padu kpd PM beliau maanusia biasa dudah berusaha bermacam2 cara utk semua kepentingan raayat, usahlah asyek nak mengutuk mengkritik melampau sgt, musuh dlm sepimut diluar selimut sdg menanti kehancuran bangsa MELAYU dan AGAMA kita yg tercinta ini.

      Padam
  3. Ingatkan sebijik .....rupa-rupanya two bijik.....teloq yang hilang

    BalasPadam
  4. Sekurang2nya Hadi ada telo utk singkirkan golongan penentangnya...

    BalasPadam
  5. takut kalah la tu.. ini semua poyoooo

    BalasPadam
  6. Elok le tak ada pemilihan jawatan umno sebab rakyat pun dah muak nak pilih UMNO masa pru14 nanti. Biar le tunggul2 kayu tu bergayut kat jawatan tu sampai mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak ni penghianat bangsalah agaknya tak faham politik.

      Padam
    2. Harap PM selesaikan terlebih dahulu segala tohmahan terutama dari drM .
      Buat pembersihan musuh dlm selimut.
      Semoga UMNO bertambah mantap

      Padam
  7. Melihat perkembangan politik di Malaysia sekarang sangat meresahkan. Saya sebagai melayu muda dlm keadaan delima. Tiada satu parti berasaskan melayu yg stabil sekarang ini. DAP seakan menang dlm merencanakan keporak perandaan ini. UMNO dgn isu 1MDBnya.. PAS dgn PASmanya, dan PKR hilang arah tanpa kepimpinannya.. DAP dilihat gagah dan lebih berprinsip serta dominan bukan shj dlm pakatan pembangkang malahan dlm semua isu. Saya khuatir jika keadaan berterusan anak muda melayu profesional mula mendekati DAP dan ideologinya. Bahkan sudah kelihatan DAP bersungguh sungguh menarik golongan gen Y ini.
    Saya berdoa agar melayu islam kembali bersatu dgn melupakan perbalahan dan mencatur strategi utk PRU akan dtg. Jgn terjerat dgn permainan DAP dan tangan2 luar yg sentiasa mengintai peluang terhadap ketuanan Melayu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu....saya sokong Melayu ni memang suka berpecah belah,esok2 jika Melayu dah tak ada kuasa menangis air mata darah pun dah tak beerti lagi.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping