Rabu, Jun 03, 2015

Heh! Nampak gayanya sudah jelas perwakilan Pemuda PAS hari ini menyatakan pendirian mereka secara terbuka. Awang - awangan Si Suhaizan tu bakal tewas sudah jelas kelihatan hari ini.

Semuanya gara - gara keGAGALan Si Suhaizan tu nak mempertahankan kepimpinan PAS secara terbuka dari serangan - serangan yang dilemparkan oleh pihak luar terhadap parti sebelum ini.

Bak kata perwakilan Pemuda PAS Perak hari ini, tindakan mendiamkan diri oleh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap Penghinaan DAPigs kepada Hadi Awang adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Dia menyerang dan menghina Presiden PAS, Pemuda diam bisu seribu bahasa. Ini bukan simbol anak soleh yang melihat bapanya dihina. Ini bukan sifat pemuda beriman tetapi Pengecut. 

“Kepada rakan pakatan mahupun lawan, Pemuda PAS tidak akan sesekali benar Presiden kami dihina dan ditentang, kami akan buat apa sahaja untuk pertahankan presiden kami,” tegasnya di hadapan seluruh perwakilan Pemuda PAS di Shah Alam.
Begitu juga dengan kekecewaan yang dilemparkan oleh perwakilan Pemuda PAS dari Perlis terhadap segelintir pemimpin yang dilihat lebih cenderung menghina orang lain secara terbuka.

Bahkan dakwaan wujudnya pemimpin yang dikatakan telah menjadi Lidah Syaitan itu yang menyebarkan fitnah hanya sekadar mewujudkan keadaan huru hara dikalangan ahli - ahli jemaah.

Selain itu, ada juga dikalangan ahli perwakilan Pemuda PAS yang secara terang - terangan mengkritik taraf 'Ostad' yang disandang oleh Si Suhaizan tu apabila bacaan Al-Qur'annya didakwa tidak 'Faqih'.
"Perbetulkan bacaan al-Quran sebelum melaungkan perjuangan. Jangan ambil mudah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran ini pun tidak diperhalusi jadi di mana wawasan rabbani, faqih dan haraki yang diutarakan?" kritik Raja Arizal dari Terengganu.
Nah! Sekarang sudah terbukti bahawa Si Suhaizan tu sudah tidak lagi menjadi pilihan dikalangan ahli - ahli diperingkat perwakilan Pemuda PAS Pusat apabila dia teruk kena belasah.

Kalau jenis orang yang ada maruah, sudah pasti ulasan yang diberikan oleh perwakilan itu sudah cukup untuk membuatkan dia sedar diri. Tapi malangnya, sekarang dah terlambat untuk dia nak mengubah keadaan. Sebaliknya, dia perlu belajar hidup untuk terima hakikat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping